Search This Blog


MY SELF

Faces That I Love


SILA KLIK HEARTBEAT NI...TQ

Apr 29, 2011

HARI INI

Sudah agak lama tak post sesuatu kat sini. Last minggu lepas. Nampaknya aku dah tertinggal di kalangan blogger-blogger yang aku follow. Huhuhu... Sekarang ni aku kat kampung. Nampaknya kena online pakai fone je laaa.. Lagi pun kalau kat kampung tdo je. Erkkk... Coverage tak berapa nak ada la. Tak leh taip banyak-banyak. Iskkkk.. CV pun tak leh main. ENtah apa khabar la agaknya CV aku tu. Mujur la ada backup. Selalu dia yang tolong mainkan CV aku tu. Tq very2 much. Heheheh... Ikut kesempatan dia la. Kalau ada masa tolong mainkan yek. Sekian...

Apr 22, 2011

SEMALAM*HARI INI*ESOK



"Ya Allah.."
Andai dunia ini tempat yang melekakan..
Aku adalah insan yang terleka itu Tuhan...
Jikalau aku diberi amanah..
Jadikanlah aku orang yang mampu memikul amanah itu..
Jikalau aku diberi kelebihan..
Jadikanlah aku insan yang mampu berkongsi kelebihanku..”

Bila teringat kembali kisah-kisah lama..
Aku jadi rindu..
Ya.. rindu yang teramat sangat…
Rindu pada waktu..
Pada kegembiraan kanak-kanakku..
Saat aku berlari-lari di sekitar rumahku..
Saat aku bermain pondok-pondok bersama rakan-rakanku…
Saat aku bertanya itu ini tentang Tuhan pada ibubapaku..
Saat aku dimarahi  kerana berlari-lari di dalam masjid..
Dan juga..
Saat aku berkata pada diriku dahulu…
“Mak!!! Bila besar nanti… saya nak masuk universiti!!!
Saya nak jadi doktor!!”
Sungguh.. ku rindukan waktu itu dahulu..
Saat di mana seorang kanak-kanak berfikir…

Masa terus berlalu..
Dan berlalu..
Dari seorang kanak-kanak tadika yang mentah…
Kemudiannya pelajar sekolah rendah dan menegah…
Dididik untuk mencari dan menimba ilmu..
Hinggalah ke tahap yang diimpikan seorang kanak-kanak dahulu…
Kematangan hadir sehari demi sehari…
Menjemput zaman kanak-kanak itu pergi dari situ..
Kelakarkan bagaimana masa mampu merubah manusia…??
Dari seorang yang naïf.. kepada seorang yang matang..
Seorang yang lemah.. kepada seorang yang kuat..
Seorang yang kurang pintar kepada seorang yang pandai..

Semua ini membuatkan aku terfikir..
Mengapa…
Seorang kanak2 yang dahulu nya naïf…
Mampu menjadi insan yang teruk dewasanya?
Sekejam hitler mungkin?
Setamak qarun?
Entahlah…
Mungkin…
Masa berlalu membawa tanggungjawab…
Masa berlalu membawa kematangan..
Dan mungkin juga..
Masa berlalu membawa pengertian hidup…
Aku tidak tahu..

Kerana Siapa aku untuk berfikir seperti itu…
Tapi itulah…
Mungkin kerana persoalan diri yang kerap bermain difikiran membuatkan aku terdetik untuk berbicara seketika..
Tentang Keinginan untuk mencari diri..
Keinginan untuk mengetahui diri
Keinginan menjadi yang terbaik..…
Mungkin kerana aku terlalu leka dengan dunia kanak-kanak dahulu..
Lalai..
Hanyut..
Hingga tidak sedar bahawa hidup ini mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul…
Dari hari ke sehari..
Tanggungjawab itu bertambah dan bertambah…
Asalnya seorang anak…
Kepada seorang remaja..
Dan dewasa…
Menjadi seorang isteri...Dan seorang ibu...
Semua ini membuatkan aku terfikir..
Bahawa..
Betapa tanggungjawab sentiasa ada untuk dipikul..
Aku tak boleh terus leka dengan dunia kanak-kanakku dahulu..
Kerana seseungguhnya aku ingin yang terbaik buat diriku..
Suamiku.. dan juga anakku..
Andai masa tidak mengizinkan aku menjejaki waktu itu..
Aku ingin menjadi yang terbaik buat Tuhanku..
Kekasih agungku..
Dan anak yang baik untuk ibubapaku...
Semoga..
Aku diberi kekuatan untuk terus bertahan..
Memikul amanah dan tanggunjawab ini…
Menjadi yang terbaik pada pandangan Tuhanku..
Andai ditakdirkan aku tewas..
Ku mohon padaMu dengan sebaik-baik permohonan…
Agar diberikanku kekuatan untuk menghadapi hukuman untuk sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan pada aku..
Bukannya melarikan diri daripada itu….
Itulah harpanku….





P/S: Aku tak mahu dia terus lalai dengan keindahan dan hal-hal dunia. Hidup ini hanya sementara.banyak tanggugjawab yang harus dipikul dan perjalanan kita masih jauh....



Apr 20, 2011

FENOMENA KAK LIMAH DAN USOP WILCHA

Siapa pernah tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ?

Mesti satu Malaysia dah tengok cerita ni.
SIAPA-SIAPA SETUJU SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYA !!

Hebatkan cerita ni sampaikan seluruh Malaysia semua terikut-ikut dengan dialog-dialognya setaraf dengan cerita-cerita P.Ramlee.

Apa yang bestnya cerita kak limah ni, CE CITE,CE CITE !!

Entah la, apa yang bestnya pun tak taw. Tapi yang pasti cerita ni memang best. Lagi-lagi watak Si Usop Wilcha tu. Lebih glemer dari Kak Limah tu sendiri. Aku tengok pun dia banyak dapat show. Sampaikan stesen radio pun jemput dia jadi tetamu. Huhuhuhu...

"PELAWOK,PELAWOK,PELAWOK,PELAWOK,PELAWOK,PELAWOK,PELAWOK,PELAWOK"
( pelawok dalam dialek kelate bermaksud penipu )

" SABOR JE LA "


" Kito bakor,bakor aje rumah Kak Limah tu " (Dialog feveret)


"Oleh kerana kita hidup dalam demokrasi terpimpin, saya Usop, bekas penari kebudayaan ingin mengesyorkan supaya kita membuat satu undian, siapa-siapa di sini yang menyokong supaya rumah Kak Limah kita bako dan kita menang dalam mesyuarat ini, SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYA! "







Jom kita tengok pula video fenomena Kak Limah ni di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian.


~Soley-soley~







" Kita datang nak bakor,bukan nak poco-poco "


Seriously,tengok beberapa kali video ni masih tak mencukupi sehinggakan kalian semua pasti tergelak-gelak,terbahak-bahak dan terkinja-kinja dengan gelagat si Usop Wilcha dan Johan.



Tetapi siapa si Kak Limah ?


Ni dia :









Masih terngiang-ngiang lagi di telinga aku lagu nyanyian Kak Limah :


 " Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas,enjit-enjit semut siapa sakit naik atas!! "




P/S : Nantikan filem sekuel iaitu HUSIN,MON DAN JIN TONCIT !!




Apr 15, 2011

18SG



Nyum.. Nyum.. Lapar pulak. Iskkk...
Aku nak perkenalkan kat korang 1 blog yang aku follow ni. Dah lama aku follow blog dia sejak tahun lepas lagi. Tapi aku baru je dapat idea nak letakkan kat sini. Tu pun kawan aku yang bagi link. Dia ingat leh takut-takutkan aku dengan benda-benda cam ni. Maaf anda tidak berjaya. Huahuauaha.. Dan sejak dari hari itu aku menjadi follower yang setia kepada blog tersebut. Ni la blog dia. KARI NGERI. Tapi AWAS ni untuk 18 tahun ke atas jer. Aku pasti ramai di kalangan korang kat luar sana yang dah kenal. Just nak share jer. Aku suka selalu tengok gambar-gambar kat dalam tu. Hairan jugak mana la dia dapat semua-semua tu kan. Bukan la aku obses sangat dengan benda-benda macam ni. Sekadar mengisi masa lapang jer. Bila aku tengok gambar-gambar ngeri tu membuatkan aku lebih menghargai hidup ini. Betapa berharganya sebuah nyawa yang Tuhan bagi kat kita. Dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga sebaik-baiknya. Janganlah di sia-siakan hidup kita ni. Mati itu pasti, hidup itu insyaallah.. Setiap yang hidup pasti akan mati. 
Ni kalau bagi kat encik husben mau seminggu dok tebayang-bayang lagi. Hahahaha... Tak sanggup dia nak tengok. Tapi kalau abg Joe dengan Ira mesti diorang suka. Erkkk...


P/S: Malas nak cerita banyak, korang tengok lah sendiri.



Apr 11, 2011

14 CARA MENANGANI STRESS


Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.



1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, pasangan atau kaunselor.

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

6. Membentuk pengurusan masa yang baik.

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.

Bila berpijak di dunia yang nyata ni macam-macam lah masalah akan timbul, tak sah kalau makhluk yang bergelar manusia tiada masalah, selagi kita bernafas selagi itulah masalah ada. Jadi dengan entry ni diharap korang semua dapat mengurangkan stress dari masalah korang yek. Renung-renungkan dan selamat beramal...


P/S: Tapi apasal tak berkesan pun kat aku. Oooo..patut laaa... Kalau aku pakai terapi shopping-shopping ke, jalan-jalan cari  makan ke, tgk wayang ke, pergi berenang ke, baru ok la sket. Pendek kata masing-masing ada cara tersendiri untuk mengatasi stress...


Apr 6, 2011

ADA AKU PEDULI?



Ada aku peduli isteri dan anak-anakku sudah makan atau belum... Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...  Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....  Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...     Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...   Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam....     Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa untuk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....   Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....   Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....  Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...  Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian untuk wanita yg rela menjadi isteriku.. Menjadi ibu anak-anakku. Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....  Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku...... Dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....  Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI  ketika telefon isteriku berdering di malam hari...  Ketika isteriku mula belajar ber sms dan berchatting...  Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...  Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan. Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....  Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..... Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...  Kini, aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?       


P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.



Apr 2, 2011

BABI


Erkkkk... Babi? Apekah? Apekah? Apekah? Nape natang ni ada kat sini? Nak samak ke blog ni? Ke nak samak pc korang jer? Entry ni copy paste dari abang Joe. Aku pun tak taw dia dapat dari mana. Nanti abang bagi link yek. Sekadar nak berkongsi jer. Korang pikir la sendiri... Huhuhuhu...

YEO'S TIDAK HALAL!!
Kepada semua warga, sedarlah. Banyak e-mail yang kami terima berkenaan ketidakhalalan produk YEO'S. Kami tidak dapat mempastikan kesahihan cerita ini. Namun begitu, kami paparkan juga beberapa petikan e-mail untuk pengetahuan anda. Kami juga berharap pihak yang berwajib dapat menyiasat perkara ini.

E-mail 1
Assalamualaikum....
Untuk pengetahuan semua, beberapa hari lepas ada seorang kawan yang telah terlihat lorry YEOS Di Shah Alam membawa kerbau pendek (babi). Lorry itu kemudiannya masuk ke kilang YEOS berkenaan. Untuk itu, mari kita boikot product itu kerana kita tidak tahu tahap kebersihan yang dipraktikkan oleh kilang tersebut. Walaupun tidak pada penggunaan kerbau pendek (mungkin) tapi adakah lori tersebut di samak sebelum membawa barangan lain. Jangan lupa edarkan matlumat ini kepada orang ramai untuk kebaikan bersama. Sekian terima kasih.

E-mail 2
Assalamualaikum....
Sebenarnya saya dah lama tahu pasal ni dan kilang YEOS kat Shah Alam juga bersebelahan dgn kilang memproses khinzir/pork utk ditinkan. Tak silap saya YEOS ada juga mngeluarkan khinzir/pork yg ditinkan. Saya dah lama tak guna barangan YEOS sejak saya tahu pasal ni.


P/S: jaga-jagalah pasal makan minum kita sebab yg Memberi kesan pd hati kita dan doa-doa kita di tolak. 

E-mail 3
Setahu saya yang duduk di Shah Alam ni...Tempat penyembelihan babi tu memang terletak di belakang kilang Yeos. Tempat penyembelihan tu pun memang kepunyaan Yeos.. Secara peribadi saya memang tak ambil barangan Yeos. Khabarnya tempat tu adalah antara tempat penyembelihan yang terbesar di Asia. Selalu juga nampak lori-lori bawa binatang tu.

WASSALAM...... 

E-mail 4
Alamak..betul ke saudara? saya ni selalu beli air soya bean keluaran yeos..kat rumah tu siap ada stock lagi pasal memang saya suka air soya dr yeos ni..tapi..mungkin pekerja islam yang bekerja di sykt berkenaan boleh memberitahu kita ttg kemusykilan ini..bagi sesiapa yg ada kawan2 atau saudara mara yg bekerja di sykt itu..silalah beri penjelasan....Buat peringatan kita.........

E-mail 5
Gang..I used to work with Yeos in 1990 while waiting for my SPM result..I worked as lab asst for about 3 months..and to tell u the truth..they did produced non halal canned food for non muslim..ade kari babi..rendang babi...kacang peas with babi etc...and part of my job is to taste the food and to confirm its "tastiness" is as per specs..the production of non halals rolls on once a quarter...I was lucky as they start rolling on the prodiuction...i left the company as my SPM result announced... and i only happens to know this on the day i resigned...and i even notice there's no muslim workers in the butchers room...only several makciks and minah kilangs cun melecun kat canned section..tu pun handle sayur...canned drinks etc...I don't dare to ask...i assume the malay guys didn't like the dirty job...and only then I realized what's going on ...so basically..the same shredded machine used for muttons...beef and bacons la!!! after that..yeo's has never b! een a brand of my family...spread this out... 

P/S: Ni antara komen-komen kitorang (sekadar hiasan). Erkkk...

  • Atirah Skezo Mindfreak btul ke ni?abg pecaya?
    19 minutes ago · 

  • Joe Black erk...abg kan dok s alam...mesti laa bg caya....tira suka minum soya bean yeos ek?gi la buang...beli soya bean seasson je..tk pun drinho
    16 minutes ago · 

  • Atirah Skezo Mindfreak abes lps ni sume produk yeos x leh mkn la?
    15 minutes ago · 

  • Atirah Skezo Mindfreak sume2 babi.byk babi la skrg ni.babi punya babi.erkk..
    15 minutes ago · 

  • Joe Black kalau nak mkn...mkn je la...selagi tk was2...mana ada melayu tak mkn babi...erk
    14 minutes ago · 

  • Atirah Skezo Mindfreak ha`ah,mana ada melayu x mkn babi.tepung pun ada babi.selalu mkn cengkodok ada tepung.mkn babi la tu.erkkk...
    13 minutes ago · 

  • Normeck Azzuri babi
    12 minutes ago · 

  • Joe Black tepung mmg ada babi sebab nak kena letak vitamin b dari sumber babi
    12 minutes ago · 

  • Atirah Skezo Mindfreak sume babi.abes,nk mkn pe?
    11 minutes ago · 

  • Joe Black mkn la eskrim babi...erk
    11 minutes ago · 

  • Normeck Azzuri Black Captain Lord of the Nazgûl
    11 minutes ago · 

  • Atirah Skezo Mindfreak abg:huh,lg la babi.x leh mkn lgsung.
    10 minutes ago · 

  • Joe Black Black Captain Lord of the Nazgûl
    10 minutes ago · 

  • Normeck Azzuri Black Captain Lord of the Nazgûl
    10 minutes ago · 

  • Joe Black tira mkn la megi...tp kat perencah megi pun ada babi..erk
    10 minutes ago · 

  • Atirah Skezo Mindfreak haddoiiyaiii...babi lg????
    9 minutes ago · 

  • Normeck Azzuri Black Captain Lord of the Nazgûl
    9 minutes ago · 

  • Joe Black mek ni spam ni...
    9 minutes ago · 

  • Joe Black tira mkn la mee jawa...mee jawa tkde babi...sbb org jawa yg masak
    9 minutes ago · 

  • Atirah Skezo Mindfreak abg blok je meck tu.erkk...
    9 minutes ago · 

  • Normeck Azzuri spam pun babi
    9 minutes ago · 

  • Normeck Azzuri Black Captain Lord of the Nazgû
    9 minutes ago · 

  • Joe Black spam babi?erkk
    8 minutes ago · 

** Abaikan je meck tu. Dia spam jer. Erkk... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...