Mar 22, 2011
BACK
Alhamdulillah... Aku dah semakin pulih dari demam. Demam tsunami kot. Lambat sikit nak baik. Tinggal tekak jer tak selesa sebab batuk. Insyaallah aku akan kembali seperti biasa. Cuma sehari dua ni agak buzy sikit. Buzy bercuti. Huhuhu... Tak lama pun. Tiga hari jer.. Okeh... Sekian terima kasih...
P/S: Erkkk... Apesal ada pic kepci? Aku tringin nak mkn kepci lak ni haizzzz.....
Mar 18, 2011
DEMAM
Dah lama tak update blog. Buat masa sekarang ni aku tak larat nak online sangat pasal demam ni cam lain macam jer. Biasa demam pun kejap jer. Ni sampai gigil-gigil. Kepala hotak dah blank. Tak leh nak fikir pa-pa. Nanti-nanti la dah baik aku update lagi. Sekian Terima kasih. Huhuhuhu...
P/S: Dah la mood cuti-cuti mesia jer ni. Iskkkk...
Mar 14, 2011
KEHILANGAN
Tepat jam 11.29 pm pada 13/03/2011 (Ahad) bersamaan 8 Rabiul akhir 1432 Hijrah handfone ku berbunyi. Aku lihat di skrin tertera nama 'ayahanda' (bapak aku). Dengan segera aku jawab panggilan itu. Rupa-rupanya bapak aku bagi tau aku yang atuk dah meninggal. Aku terkejut dengan berita itu seolah-olah aku sedang bermimpi. Tapi,itu lah hakikatnya. Aku hanya diam membisu. Sedih memang lah sedih, yang pergi pasti tak kan kembali. Pagi besok nya kira-kira jam 5 pagi aku bertolak balik ke kampung. Kehilangan orang yang tersayang buat selamanya amat perit untuk diterima TAPI apakan daya ini semua takdir dari Ilahi. Al-fatihah kepada arwah atuk.. Semoga atuk di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman... Amin!
P/S: Segalanya pasti berbeza tanpa atuk di sisi.
Mar 13, 2011
19 MARCH MOON
Rare celestial event will happen on 19 March. At that time, the full moon will appear and the distance to the nearest position to earth. This phenomenon can only happen once every 18 years.
On March 19, 2011, the moon will be at the closest distance to Earth at the same time almost simultaneously with the peak of the full moon.
Based on astronomical data, on the same day at 19:10 GMT distance of 356,577 kilometers of the moon with the earth. An hour earlier, the peak full moon occurred on March 19 at 18:11 GMT. In astrological terms, that position is known as a super moon or super extreme moon that is believed by some as a sign of disaster for the living beings on earth.
Genesis distance of the moon closest to earth (perigee) is a monthly event, although the distance varies with the period average of 27.3 days. Similarly, the events of the full moon with a period of about 29.5 days. Because of differences in that period, the emergence of the same perigee with full moon can only occur once 18 years.
What to look out for is the impact of the strengthening of the tidal effect on Earth, especially in sea water when the top of the full moon closest to the distance of the moon. When bad weather at sea and coastal areas reinforced with maximum tidal effects when perigee and full moon, he said, be wary of potential hazards in coastal areas that might cause flooding tide (rob) a larger than normal. Similarly, when a buildup of energy in earthquake prone areas and the mountain erupted, the strengthening effect of the tides the moon may have the potential to trigger release of energy.
But the perigee the moon along with the full moon is not a major cause of the disaster, but it could be a trigger reinforcing effect of other factors. That is, if there is no indication of bad weather on the coast or no accumulation of energy in earthquake-prone areas and areas prone to volcanic eruption, there is nothing to worry about with the position of perigee in conjunction with the full moon.
P/S : Wallahu.. Sekian. Terima kasih..
Mar 11, 2011
SEDIH :'(
Huhuhuhu... Apis demam..
Sedih.. Susah ati.. Tensen pun ada pasal Apis demam sejak hari Selasa lepas. Sampai sekarang pun belum kebah lagi demam dia. Sedihnya tengok Apis macam ni asik terbaring jer tak bermaya. Kurang selera makan. Aku tengok dia dah kurus. Dah la minggu lepas kena muntah-muntah. Baru nak baik minggu ni dah demam pulak. Asik makan ubat jer. Kesian anak ibu ni. Huhuhu.... Malam-malam lagi panas badan dia. So, kitorang terpaksa berjaga malam. Dua tiga hari ni kitorang tak cukup tidur. Malam semalam kitorang bawa dia pergi klinik. Sekali cek suhu dia 39 darjah celsius. Tahap panas dan maknanya tahap berjaga-jaga la tu pasal masa dia kecik selalu kena sawan. Aku tak nak perkara tu berulang lagi. Bila malam kitorang tak leh tidur sangat kena jaga dia. Sampi pagi tadi husben aku lambat pergi keje. Bila la nak baik ni. Huhuhuhu... Aku hanya mampu berdoa supaya Apis cepat sembuh. Rindunya nak tengok dia aktif cam selalu.
P/S: Sabar lah sayang.. Ibu jaga Apis baik2 ni. Cepat sembuh yer sayang nanti kita pergi bercuti. :)
Mar 9, 2011
THE ANOTHER YEAR
10 MAC 2011, hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan aku. Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun. Begitu pantas masa berlalu. Rasa macam baru semalam je kami diijabkabulkan. Hehehehe.... Tak celeberate apa-apa pun lagi pasal encik suami kerja hari ni. Hanya ucapan selamat ulang tahun jer pagi tadi sebelum dia pergi kerja. Itu pun sudah memadai. Aku tak mengharapkan hadiah apa-apa. Cuma apa yang aku yang harapkan semoga kasih sayang kita akan kekal ke akhir hayat. Kepada encik suami tersayang selamat hari ulangtahun perkahwinan ke-5. Terima kasih kerana membahagiakan hidup ini. Semoga kasih sayang kita akan bertambah lebih-lebih lagi dengan kehadiran insan kecil (Muhammad Azfar Hafiz) yang comel dan bijak. Sama-sama lah kita memikul tanggugjawab hidup ini baik susah mahupun senang. Mudah-mudahan perkahwinan yang kita bina ini akan terus berkekalan. Mudah-mudahan juga Allah akan sentiasa memberkati dan melindungi rumah tangga kita. Aminnnnnn....
P/S: Kepada encik suami, aku sayang kamu selamanya... muahhhhh.... Terimalah lagu untukmu sempena anniversary ni..
Mar 1, 2011
THIN HOUSES IN JAPAN
Iskkk... Jepun lagi? Apasal Jepun je arrrrr.... Kan kat Jepun banyak benda pelik-pelik. Diorang sendiri pun pelik-pelik gak. Huhuhuhu...... Pernah tak korang bayangkan tinggal kat dalam rumah yang boleh muat-muat untuk korang jer. Tak ada space nak letak perabot besar-besar, perabot mahal-mahal. Apa lagi nak letak set bilik tidur yang cangginh-canggih. Jangan mimpi laaaaa.... Memang ada pun. Rumah macam ni mungkin ada kat Jepun jer. Pasal aku tak nampak kat tempat lain.
Apa macam? Nak ke korang dok dalam rumah cam ni?
P/S: Rumah idaman aku cam ni la lebih kurang. Ngeh3.... :P
Siap ada swimming pool kat depan tu. Lepas tu malam-malam lepak kat luar tengok movie cam kat wayang tu. Lagi besar punyerrrrr.... Huhuhuhu....
Subscribe to:
Posts (Atom)





























