Search This Blog


MY SELF

Faces That I Love


SILA KLIK HEARTBEAT NI...TQ

Feb 7, 2011

HAPPY BIRTHDAY



O4/02/2011 - genap lah 4 tahun umur anak aku ni. Walaupun dah berlalu tapi masih belum terlambat untuk aku abadikan ucapan hari lahir untuknya dalam blog aku ni. SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE-4 buat anakku Muhammad Azfar Hafiz. 


Doa ibu sentiasa mengiringi setiap langkahmu anakku.. Semoga kau sentiasa berada di dalam lindungan Tuhan  Yang Maha Esa. Membesar lah menjadi insan soleh yang sentiasa berbakti kepada agama dan bangsa. Jadilah insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Semoga Apis membesar menjadi anak yang soleh..yang menyenangkan hati Ibu dan Ayah..Menjadi pelajar yang cemerlang...yang dapat mengharumkan nama keluarga..amin...


P/S: Blajar rajin-rajin.. Jangan main jer taw...huhuhu...

Feb 6, 2011

BAGAN DATOH PART 1 : SYURGAKU

 


Haaaa...tajuk pun dah heaven. Siapa yang tak suka kalau sebut pasal syurga kan.. Tapi aku bukan nak citer pasal syurga firdaus ke, syurga `adn ke, syurga na`iim ke. Tapi ni pasal syurga 'rumahku syurgaku'. 


Aku nak cerita pasal rumah aku kat kampung. Tempat aku membesar dan dibesarkan. Tempat aku kenal mak bapak aku, tempat aku kenal adik-beradik aku dan tempat aku selalu bergaduh dengan adik-adik aku.erkkk.....Pendek kata tempat aku mengenal erti hidup. Macam-macam kisah suka duka aku kat rumah ni. Rumah ni jugak lah yang menjadi saksi segalanya..


Memandangkan minggu ni aku balik kampung, aku nak cerita pasal rumah aku kat kampung. 2 Feb 2011 jam 4.30 ptg aku dah sampai kampung.Lokasi rumah ni adalah di kampung.....(resia dulu..sabarrr..) yang terletak di Bagan Datoh. Korang tau ke Bagan datoh kat mana? Kalau tak tau sila google map..ahaksss.. Penghuni rumah ni ada 12 orang semuanya. Ramai ke? Memang ramai pun. Boleh dikatakan sebuah keluarga yang besar jugak lah. Tapi tu pun kalau semua balik. Hari-hari biasa tinggal 6 orang jer (mak,bapak,adik aku 3 orang dengan maid sorang). Kat bawah ni gambar family tapi sorry gambar tidak memuaskan. Masalah teknikal sket. Huhuhuhuhuhuh....


Berdiri dari kiri: Rahim(husben aku),Aku,Nurul(adik nom5),Din(adik nom2),Gee(adik nom3),Emi(adik nom4)
Duduk dari kiri: Era(adik nom7),Emak,Bapak,Apis(anak aku),Maizat(adik nom6)


Cam ni la interior design rumah ni. Semua mak aku yang susun. Mak aku memang rajin bab susun-susun dan kemas-kemas rumah. Kadang-kadang sampai penuh rumah dengan macam-macam decoration.


Yang ni pulak tempat kitorang sekeluarga tengok tv, sembang-sembang, berehat dan kadang-kadang boleh jadi tempat tidur. Adik-adik aku suka tidur depan tv, pasal tu diorang malam-malam tidur kat sini. Errr..korang abaikan je minah senget dua org tu. Erkkk....


Kat atas ni pulak ruang tamu. Ni tempat kalau ada tetamu datang. Kat depan tu akuarium besar untuk ikan ghar(ikan buaya). Tak tau la kenapa dalam banyak-banyak ikan bapak aku suka ikan ni. Sambil layan tetamu boleh la tengok ikan-ikan ni brenang-renang cam kat akuaria tu.huhuhuhu...


Ikan ghar. Ada 7 ekor semua. Selain yang ni ada dua lagi akuarium kat dalam rumah. Satu kat tepi tangga, satu lagi kat dapur.


Ni koridor tempat anak aku main basikal. Dia suka pusing-pusing kat sini. Kalau kat tanah kang basikal dah tak boleh nak bawak masuk.



Ni rumah makcik aku. Tak jauh pun kat tepi rumah aku jer. Boleh panggil dia ikut tingkap.hehehhe....


Ni gambar terkini. Yang kat atas tu 4 tahun yang lepas punya gambar. Dah bayak perbezaan. Akan datang tak tau la cam mana pulak.


Korang nampak dalam gambar-gambar ni ada projek tengah buat. Tengah buat garaj kereta pasal diorang selalu letak kereta merata-rata.huhuhuhu...Sekian dulu untuk kali ni. Lain kali sambung lagi okeh...

P/S: Minggu depan balik kampung lagi.... Haizzzzzzzz.....

Jan 30, 2011

PUTERI YANG MALANG







"Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa sahaja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka mereka akan cair jugak.

Maka musykil la Ayahandanya kerana alamat tak kahwin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair.

Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yangapabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan berkawhin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung. .... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknya logam itu. Kecewalah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang  berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini...

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini....

Maharaja: Hmmmm..... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak.....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe...... .

Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu takcair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe. ....



(Sila scroll down......... . ...)
BENDA ITU IALAH------




COKLAT M&M
CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!




P/S: Korang ingat apa? Otak tu biar betul sikit aaaaa...Tak sesuaiiiii tau korang....huhuhuhu....



Jan 29, 2011

MASAK LAGI????



Semalam time aku tengah online fb tetiba plak abang Joe tanya resepi kuah dal. Dia tanya aku cam mana nk masak kuah dal. Iskk...per aku nk jawab arrr...adehhh..sbenarnya aku x reti nak masak dal tu pasal aku ni pun bukan la rajin and terer sangat bab masak-masak. Lagi la nk try resepi-resepi baru.ngeh3....Jadi,aku selaku adik yg jujur pun jawab la bahawasannya sememangnya aku x reti nk wat.


Mesti korang heran apesal tetiba dia tanya. Dia cakap kena makan dal pasal dia ada penyakit darah tinggi. Aku pun tak sure sebenarnya apa kaitan darah tinggi dengan kacang dal tu.erkk....kt bawah ni antara perbualan aku dengan dia.






adeshhh
cm ne plak
tyra pun x penah msk kuah dal


erk
abih kalau kenduri tk msk dal?

7:00pm
mana de kenduri masak dal
iskkk..abg nih


ada
kalau masak beryani kena ada dal


owh..x masak beryani
hehehehe
kenduri masak nasik biasa jer
ngan ikan siakap 3 rasa
ngan ayam golek
ngan ikan cencaru msk sambal


bg la resepi ayam golek
abg nak msk


iskkk...nk mkn macam2
wat kuah dal dulu baru tyra bg resepi ayam golek
hauhuahuaa


erk
bg la
post kat blog

7:03pm
iskk..kang blog tyra citer masak2 jer
huhuhuhu


tkpe
ok la



Entah cam mana tetiba dia leh citer pasal ayam golek plak.huhuhuhu....
Untuk tidak mengecewakan abg Tyra wat la jugak enty pasal resepi ayam golek ni walaupun semalam baru jer post pasal masak-masak.erkkk...



Ayam Golek/Panggang
a. 1 ekor ayam(lebih kurang 1.5 kg – 2 kg). Di bersihkan dan di basuh.
  1. Halia(1 inci), bawang putih(5 ulas)
  2. bawang merah (3 ulas)
  3. garam(1sudu makan)
  4. kicap manis/masin(3 sudu makan)
  5. madu jika ada(3 sudu makan).
* Kesemuanya hendaklah di tumbuk/kisar.
b. asam jawa sekepal
c. Caranya:
  1. Gaulkan bahan yang di tumbuk/kisar tadi bersama dengan asam jawa.  Sapukan ke seluruh ayam.  Masukkan juga di bahagian dalam dan bawah kulit ayam.  Perapkan sekurang-kurangnya 3 jam tapi sebaiknya semalaman(masukkan ke dalam peti sejuk).
  2. Setelah di perap sediakan tempat kekusan dan panaskan air.  Masukkan ayam di dalam kukusan tersebut lebih kurang 1/2 jam/sehingga ayam masak(seakan-akan kulit ayam sedikit terkopek dari asalnya).
  3. Setelah siap di kukus, bakarlah di dalam oven(30 – 45 minit bersuhu 170% c) atau di atas dapur pembakar sehingga keperangan.  Sebaiknya sebelum di bakar sapukan kicap dan madu di seluruh badan ayam tersebut.
SOS ayam golek/panggang
Bahan-bahannya:
  1. Daun limau purut(3 – 5 helai)
  2. Serai(3 batang) – di titik.
  3. Limau kasturi – 1 biji – 3 biji.
  4. minyak masak( 1/2 – 1 cawan) kalau nak kurangkan kolestrol kurangkan penggunaan minyak.
berikut bahan-bahan yang di kisar.
  1. Halia 1/2 inci
  2. Chile kering segengam
  3. 11- 21 ulas chile api (jika nak pedas lagi)
  4. Bawang putih(3-5 ulas)
  5. Bawang merah/besar(5-7 ulas/ 1 biji)
berikut bahan-bahan tambahan:
  1. Chilie sos( 1 cawan)
  2. Gula 3 sudu makan
  3. kicap masin 7 sudu makan
  4. garam secukup rasa.
berikut bahan-bahan untuk hiasan jika perlu.
  1. chilie besar (hijau) di hiris halus dan panjang.
  2. Halia di hiris halus dan panjang.
Caranya:
Masukkan minyak masak ke dalam kuali.  Setelah panas tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar tadi bersama serai hingga naik baunya.  Masukkan bahan-bahan tambahan satu persatu hingga selesai. Masukkan daun limau purut. Masukkan air limau purut setelah apai di padamkan dan akhir sekali masukkan bahan-bahan untuk hiasan. Gaulkan hingga sebati untuk air limau purut dan bahan hiasan yang lain.
Letakkan ayam tadi di bekas yang sesuai dan letakkan sos di sekeliling dan atasnya.  Ikutlah cara anda sendiri untuk menghiasnya.  Ok, jemputlah keluarga anda untuk merasa masakan anda.
O.K. Selesai.
SELAMAT MENCUBA



cam ni la kiranya ayam golek tu


P/S: Lepas ni abg kena try resepi ni taw. Kalau sedap bagi kt Tyra. Kalau tak sedap bagi DJ jer la makan.erkkk...





Jan 27, 2011

LETS MASAK-MASAK



Hari ni aku nak share resepi paling simple tapi sedap (sedap ke? bole laaaa..ngeeee...:P). Aku dapat resepi ni dari seseorang. Nama dia terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.huahuahuahua...owh, lupa plak. Resepi ni sesuai untuk dimakan sambil-sambil tgk tv ataupun bergossip.erkkk....ok la..ni resepi dia:

HOME MADE WADGES


Bahan-bahannya ialah:
-Beberapa bijik kentang (ikut suka korg la nak berapa bijik)
-Tepung goreng kfc (jangan curi kat kedai kfc pulak, kalau nak, mintak baik-baik. Korang beli kat kedai lagi senang)
-Minyak untuk menggoreng (bukan minyak urut atau minyak angin, ni minyak masak laaaa)

Cara-cara:
1.Kupas kentang, kemudin basuh bersih-bersih. Selepas itu potong kentang tadi seperti bentuk wedges. Lihat seperti gambar di bawah.



2.Selepas itu rebus kentang setengah masak sahaja. Lebih kurang 10-15 minit. Kalau terlebih masak nanti lembik pulak. Okeh, cam ni laaa...


3.Bila kentang dah masak. boleh lah buang air rebusan tadi. Malas nak explain lebih-lebih korang tengok la sendiri..


4.Tepung kfc tadi bancuh dengan air. Jangan terlalu pekat dan jagan terlalu cair. Sedang-sedang jer..okeh..


5.Lepas tu korang celupkan kentang dalam tepung yang dah dibancuh tadi. Last sekali gorengkan..


6.Dah pun siap. Boleh makan dah...Letak mayonise lagi sedap..


Akhir kata..Selamat mencuba...ahaksss....



P/S: Erkkkk....abaikan jer apis tu..dia memang suka enterprame.huhuhuhuhu.....

Jan 23, 2011

L.O.V.E




I love you for giving your heart to me
and trusting me with your pride
I love you for wanting me
and needing me by your side

I love you for the emotions
I never knew I had
I love you for making me smile
whenever I feel sad

I love you for your thoughts of me
where I`m always on your mind
I love you for finding that part of me
that I never thought i`d find

I love you for the way you are
and for how you make me feel
But most of all I LOVE YOU
'cuz I know you`re mine for real




P/S: LOVE is seeing yourself in someone`s eyes and finding yourself in somebody`s heart...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...