Search This Blog


MY SELF

Faces That I Love


SILA KLIK HEARTBEAT NI...TQ

May 24, 2011

WAITING



23 Mei lps air asia wat promotion strt kul 12 tgh. mmg murah giler. seposen je caj walaupun x termasuk caj2 lain tp ok la jugak kn.  bak kata air asia "now everyone can fly". hmmmm..ye la sgt... aku pun try la jugak bukak web dia. tp asik2 kuar pic lebah tu. try dr kul 12 tgh tu smpai kul 5 ptg pun x leh lg. klu x kuar pic lebah dia kuar error..error..error dan error lg smpai aku dh naik fedap. mana x nya klu berjuta-juta org skodeng web ni temasuk la aku yg berjuta-juta dan bersesak-sesak tu. traffic pun jem. tp nk g jln2 punya psl aku teruskn la jugak smpai bole. sehari suntuk aku x lepas2 ngan web ni smpai la dh kul 12 mlm dh ngantuk sgt. husben aku ambik alih lak. last2 kul 4pg atas usha encik husben bersengkang mata dan bersusah payah maka berhasil la jugak book tiket. perghhhh...gila siottt...kul 4pg baru dpt. alhamdullillah antara berjuta org kami berjaya. muahahahaha... cuti2 malaysia lg la yek. tp ada gak frust x dpt nk g langkawi la. cpt btul sold out. yg ada pun tarikh x kena plak. hmm...nk wat cm ne,x de rezki la nmpaknya. tunggu la kot2 ada promotion lg lain kali.

P/S: kpd korg yg nk book tiket time2 cm ni dinasihatkn jgn cpt berputus asa. cuba lg..dan cuba lg...dan cuba lg...smpai bole.okeh..selamat berjaya...

May 18, 2011

CERITA TENTANG AKU DAN CINTA



Aku bukanlah bintang yang menerangi gelap malam. Dan bukanlah daun kering yang berserak ditiup angin. Aku adalah seorang pengembara yang sedang menyusuri dan mencari pelangi di balik kabut hitam. Yang ingin kujumpai di hujung harapanku adalah lantera jiwa. Obor kehidupan yang menerangi setiap langkahku. Aku adalah tarikan nafas lautan. Aku adalah airmata langit. Aku adalah senyuman bumi. Begitu juga cinta, adalah tarikan nafas dari lautan perasaan, airmata langit dan senyuman dari bumi sang jiwa. Setiap kali aku letih melangkah, aku berhenti sejenak untuk sekadar mencium harummu. Kusandarkan tubuh ini dan kuselimuti diriku dengan lagu merdu. Lagu yang juga dinyanyikan oleh sungai dan hutan. Saat jiwaku lapar, kusinggahi rumah di setiap jalan yang ku lalui. Ku ketuk rumah-rumah mereka dengan loceng-loceng kehidupan. Aku hendak menyemaikan benih bunga jiwa yang akan membawa impianku sampai ke langit dan kuyakini langit akan memberikan apa yang dinamakan cinta. Tetapi yang kudapati rumah-rumah itu telah terisi sepasang jiwa yang sejatinya-ingin kucari. Aku tak ingin memadamkan lentera hati yang ada dalam sangkar sepasang merpati putih kerana ku tahu kecantikan akan bersinar lebih terang dalam hati orang yang merindukannya berbanding mata yang melihatnya. Ku cuba rentangkan kembali sayap patahku, kembali terbang lalu menghilang di balik awan. Ku tinggalkan tanda mata berupa titis darah dari setiap daun pintu yang ku buka. Sebagai tanda bahawa aku -si jiwa kesepian- pernah hadir di sini. Jiwa yang menghembuskan nafas kerinduan. Jiwa yang melagukan kebahagiaan dan nestapa cinta. Si pembawa karung kasih bernama harapan. Dan ku ketahui cinta telah memperlakukan aku seperti matahari yang menghidupi dan mematikan padang-padang dengan panas teriknya. Jiwa menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai tetapi juga orang yang dicintai. Sejak saat itu, bagiku cinta ibarat jaring labah-labah di antara dua bunga yang dekat satu sama lain. Cinta menjadi lingkaran cahaya yang tanpa awal dan tanpa akhir. Wahai sukma agung yang terdiam bisu, dalam keheningan malam aku mendengar suaranya yang amat merdu. Ketika aku mahu menutup mata ini, masih kurasakan sentuhan jemarinya yang lembut di bibirku. Masih teringat ketika kami berada di taman, kami duduk di atas sebuah batu sambil menatap cakerawala yang jauh. Dia menunjukkan padaku sudut langit yang berwarna keemasan dan menyedarkanku akan merdunya kicauan burung-burung sebelum mereka tidur di malam hari. Dialah kekasih khayalku yang selalu menemaniku ke manaku pergi. Jiwaku bersaksi dan berkata : "Kegelapan bisa menyembunyikan pepohonan dan bunga-bungaan dari pandangan mata. Tetapi kegelapan tidak dapat menyembunyikan dirinya dari jiwaku. Wahai alam maya, dunia para penyair yang bermahkota duri! Aku terlahir dari dunia yang hilang dan dalam ketersendirian kuciptakan kekasih khayalan untuk pasangan jiwaku. Aku tertawa untuk diriku atas kemalangan jiwaku. Apakah aku telah kehilangan bentuk-bentuk kehidupan sehingga aku merasa lebih baik melihat dan mendengar dalam alam impian? Di keheningan malam yang dingin, kulepaskan jiwaku agar bisa menari-nari di awan dan kubiarkan pula jiwaku bermandikan seribu bintang. Aku bermimipi! Lalu kutemukan diriku di dalam sebuah perahu kecil , terapung-apung di samudera luas tanpa batas. Tiba-tiba aku memandang ke atas dan melihat kekasih hidupku berada sangat dekat di atasku. Aku bersorak kegirangan, membentangkan tanganku dan berteriak: "Mengapa engkau meninggalkan aku kekasih? Ke manakah engkau selama ini? Dekatlah kepadaku dan jangan pergi meninggalkan aku sendirian!" Tetapi dia tidak bergerak. Di wajahnya ku lihat tanda-tanda kesedihan dan kesakitan yang tak pernah aku lihat sebelumnya. Dengan suara lembut dan perlahan dia berkata: "Aku datang dari kedalaman samudera untuk melihatmu sekali lagi. Aku ingin melihatmu tersenyum untuk terakhir kali! Kembalilah ke duniamu dan lupakanlah aku! Ku mohon, lupakanlah aku!" Ku lihat dia menutup wajahnya yang berderaikan airmata darah. Setelah mengucapkan kata-kata itu, dia menghilang ke dalam gumpalan kabus yang tiba-tiba datang. Aku berteriak sekeras-kerasnya dengan hati kalut aku memanggilnya ke segala arah. "Aku mencintaimu. Jangan tinggalkan aku!" Aku menatap ke segala penjuru tetapi yang nampak hanya rintik-rintik hujan, kerlip bintang yang bertemankan untaian cahaya lembut sinar rembulan. Kekasihku, bila ku cuba untuk mendekatimu, engkau selalu menjauh dariku dan amat sukar untuk ku gapai. Tetapi apapun yang terjadi aku senang bersamamu. Kerana engkau adalah sebuah menara kekuatan! Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan hari ini tanpamu. Walau aku harus mandi dalam nyalaan api, denganmu aku merasa sangat terlindung dan terjaga. Aku kembali ke tempat peraduanku, jiwaku merintih. Aku seperti berada di perahu yang ganjil! Perahu yang mudah goyah disapu ombak dan badai. Lalu ku lihat jasadku terkapar di tepi pantai. Kulihat sekelompok gagak mengelilingiku, menantiku dengan sabar lepasnya roh dari ragaku! Jiwaku merintih melihat jasad yang tak berdaya di depannya kemudian dengan perlahan-lahan aku meninggalkannya. Dan kulihat juga di sana, kulihat kekasihku jiwaku sedang terpasung dan didera darah menitis dari kaki dan tangannya dan jatuh menimpa bunga-bunga yang ada di bawahnya. Janganlah menangis kekasihku, cinta tercipta untuk menjadikan kita pelayarannya agar kita mendapat anugerah kekuatan dan ketabahan. Hentikan airmatamu kerana kita telah mengangkat sumpah. Lalu aku berkata: "Ketika aku berdiri bagaikan sebuah cermin jernih di hadapanmu, kamu memandang ke dalam diriku dan melihat bayanganmu. Kemudian kamu berkata: "Aku cinta kamu." Tetapi sebenarnya kamu mencintai dirimu dalam diriku. "Wahai kekasih hati! Hanya dengan cinta yang indah kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan dan duka perpisahan. Aku tak punya pilihan lain kecuali berjuang setiap hari sampai ku temukan harta yang layak kuserahkan padamu. Harta untuk membantu kita dalam mengharungi penziarahan hidup kita. Ketika tangan kehidupan terasa berat dan malam tak berirama, inilah saatnya untuk cinta dan kepercayaan. Dan betapa menjadi ringannya tangan kehidupan dan betapa berirama malam ketika seseorang mencintai dan mempercayainya. Cinta adalah cahaya ghaib yang dipancarkan dari inti yang membakar jiwa dan menyinari sekeliling bumi. Sehingga memungkinkan kami merasa hidup laksana mimpi indah di antara keterjagaan yang satu dengan keterjagaan yang lain. Wahai kekasih, walau ragaku telah menyatu dengan tanah, aku akan sentiasa mengingait cinta pertamaku. Dan aku akan menggapai kembali saat-saat yang ganjil itu. Ingatan yang mengubah dasar perasaanku dan membuatku sedemikian gembira meskipun kegetiran terasa dalam misteri. Ia akan terus hidup laksana seorang tawanan cinta di seberang laut di mana ia dikebumikan. Cinta adalah sesuatu yang dapat kuperoleh serta tak seorang pun yang dapat melenyapkannya dariku. Hubungan antara kau dan aku merupakan perkara paling indah dalam hidupku. Sesuatu yang paling mengesankan yang pernah kuketahui dalam hidup dan akan selalu aku kenang.


May 16, 2011

BERLETER???



Ada tak isteri yang tidak berleter? Susah menemukannya. Bahkan isteri Khalifah sehebat Umar bin Khatab pun sama. Seorang lelaki berjalan tergesa-gesa menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab. Dia ingin mengadu pada khalifah, tak tahan dengan leteran isterinya. Begitu sampai di depan rumah khalifah, lelaki itu terkejut. Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang berleter, marah-marah. Leteran isteri khalifah melebihi leteran isterinya yang akan diadukannya pada khalifah Umar. 

Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah. Khalifah Umar diam saja, mendengarkan isterinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki tersebut mengurungkan niatnya, membatalkan pengaduan isterinya kepada khalifah Umar. Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan mahupun lawan, berdiam diri saat isterinya berleter? Mengapa dia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, dia selalu tegas pada sesiapa pun?. Umar berdiam diri kerana 5 perkara. Apakah 5 perkara tersebut?.

1. Isteri sebagai benteng Penjaga Api Neraka
Kelemahan lelaki ada di mata. Jika dia tidak boleh menundukkan pandangannya, nescaya panah-panah syaitan akan terkena pada matanya, membidik tubuh-tubuh yang elok di sekelilingnya. Panah yang tertancap membuat darah bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal, syahwat. Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi lelaki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari. Isteri adalah tempat dia mengalirkan berjuta gelora. 

Biar lepas dan bukan azab yang kelak akan diterimanya. Dia malah mendapatkan dua kenikmatan, dunia dan akhirat. Maka, ketika Umar terpikat pada lenggokkan penari yang datang dari kobaran api, dia akan ingat pada isterinya, pada penyelamat yang melindunginya dari lenggokkan indah namun membakar. Bukankah sang isteri dapat menari, bernyanyi dengan lenggokkan yang sama, malah lebih indah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ke tujuh. Lebih dari itu isteri yang solehah selalu menjadi semangatnya dalam mencari nafkah.

2. Isteri sebagai pemelihara Rumah
Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Kadangkala sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Dia mengumpulkan dan kadangkala tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya. Mendapatkan wang, beli itu ini. Untunglah ada isteri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tidak menjadi sia-sia. 

Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran.Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula dia mahu dibayar. Nescaya susah menemukan pemelihara rumah yang lebih prihatin daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya dia mendengarkan leteran isterinya, kerana (mungkin) dia penat menjaga harta-harta milik suami yang semakin hari semakin membebankan.

3. Isteri sebagai Penjaga Penampilan
Umumnya lelaki tak pandai menjaga penampilan. Kulit hitam legam tapi pakai pula pakaian warna gelap.Tubuh pendek malah suka pakai baju saiz besar. Atas dan bawah selalu tak sepadan. Untunglah suami punya penata busana yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilih apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang, menampal bila ada yang koyak. Suami yang tampil menawan adalah wujud keprihatinan isteri. Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecekapannya itu.

4. Isteri sebagai pengasuh anak-anak.
Sembilan bulan isteri bersusah payah merawat benih hingga lahir anak yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Istrei juga menjaga anak-anak agar membesar dengan sempurna. 

5. Isteri sebagai penyedia Hidangan
Pulang kerja, suami kepenatan.  Dia memerlukan makan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami Cuma tahu ada hidangan, ayam panggang masak kicap, sayur asam, sambal belacan dan ulam. Tak terpikir olehnya harga ayam melambung, pagi tadi isterinya sempat berdebat, tawar-menawar, kerana harga melebihi bajet. 

Tak perlu suami memotong sayuran, cili dan bawang. Tak pening dia memikirkan berapa ukuran perencah agar rasa sesuai di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang dengan jumlah berlebihan, meninggalkan sedikit saja untuk isteri si tukang masak. Tanpa sedar isteri selalu menjadi tukang masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam memori makanan apa yang disuka dan dibenci suami.

Dengan mengingat lima peranan isteri ini, Umar kerap diam setiap istrinya berleter. Mungkin dia penat, mungkin dia lelah dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentenginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang isteri, tak mengapa kalifah umar mendengarkan keluh kesah isterinya.

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah dia menasehati, dengan cara yang baik, dengan bergurau. Hingga terhindarlah dari segala pengucapan yang tidak sepatutnya.Akankah suami-suami masa kini dapat mencontohi perbuatan kalifah Umar ini. Kalifah umar tidak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.WallahuAlam.

P/S: Renung-renungkan dan selamat beramal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...