Haaaa...tajuk pun dah heaven. Siapa yang tak suka kalau sebut pasal syurga kan.. Tapi aku bukan nak citer pasal syurga firdaus ke, syurga `adn ke, syurga na`iim ke. Tapi ni pasal syurga 'rumahku syurgaku'.
Aku nak cerita pasal rumah aku kat kampung. Tempat aku membesar dan dibesarkan. Tempat aku kenal mak bapak aku, tempat aku kenal adik-beradik aku dan tempat aku selalu bergaduh dengan adik-adik aku.erkkk.....Pendek kata tempat aku mengenal erti hidup. Macam-macam kisah suka duka aku kat rumah ni.
Memandangkan minggu ni aku balik kampung, aku nak cerita pasal rumah aku kat kampung. 2 Feb 2011 jam 4.30 ptg aku dah sampai kampung.Lokasi rumah ni adalah di kampung.....(resia dulu..sabarrr..) yang terletak di Bagan Datoh. Korang tau ke Bagan datoh kat mana? Kalau tak tau sila google map..ahaksss.. Penghuni rumah ni ada 12 orang semuanya. Ramai ke? Memang ramai pun. Boleh dikatakan sebuah keluarga yang besar jugak lah. Tapi tu pun kalau semua balik. Hari-hari biasa tinggal 6 orang jer (mak,bapak,adik aku 3 orang dengan maid sorang). Kat bawah ni gambar family tapi sorry gambar tidak memuaskan. Masalah teknikal sket. Huhuhuhuhuhuh....
Berdiri dari kiri: Rahim(husben aku),Aku,Nurul(adik nom5),Din(adik nom2),Gee(adik nom3),Emi(adik nom4)
Duduk dari kiri: Era(adik nom7),Emak,Bapak,Apis(anak aku),Maizat(adik nom6)
Cam ni la interior design rumah ni. Semua mak aku yang susun. Mak aku memang rajin bab susun-susun dan kemas-kemas rumah. Kadang-kadang sampai penuh rumah dengan macam-macam decoration.
Yang ni pulak tempat kitorang sekeluarga tengok tv, sembang-sembang, berehat dan kadang-kadang boleh jadi tempat tidur. Adik-adik aku suka tidur depan tv, pasal tu diorang malam-malam tidur kat sini. Errr..korang abaikan je minah senget dua org tu. Erkkk....
Kat atas ni pulak ruang tamu. Ni tempat kalau ada tetamu datang. Kat depan tu akuarium besar untuk ikan ghar(ikan buaya). Tak tau la kenapa dalam banyak-banyak ikan bapak aku suka ikan ni. Sambil layan tetamu boleh la tengok ikan-ikan ni brenang-renang cam kat akuaria tu.huhuhuhu...
Ikan ghar. Ada 7 ekor semua. Selain yang ni ada dua lagi akuarium kat dalam rumah. Satu kat tepi tangga, satu lagi kat dapur.
Ni koridor tempat anak aku main basikal. Dia suka pusing-pusing kat sini. Kalau kat tanah kang basikal dah tak boleh nak bawak masuk.
Ni rumah makcik aku. Tak jauh pun kat tepi rumah aku jer. Boleh panggil dia ikut tingkap.hehehhe....
Ni gambar terkini. Yang kat atas tu 4 tahun yang lepas punya gambar. Dah bayak perbezaan. Akan datang tak tau la cam mana pulak.
Korang nampak dalam gambar-gambar ni ada projek tengah buat. Tengah buat garaj kereta pasal diorang selalu letak kereta merata-rata.huhuhuhu...Sekian dulu untuk kali ni. Lain kali sambung lagi okeh...
P/S: Minggu depan balik kampung lagi.... Haizzzzzzzz.....
5 comments:
besar umah ayah akak.. hehe
erk...abg baru berangan nak baut dinding siap ada aquarium..bapak tira da buat dulu..erk..nnt amik la gambar aquarium lg dua tu...abg nak tgk..erk...amik la gambar pokok kelapa sekali...bagan datok kan pengeluar kelapa terbesar didunia...erk..
ira:family besar umah kena bsr laa..huhuhu...ira bila nk dtg kg akak?erkk...
abg:nnt ada pic pokok kelapa.hehehe...
akuarium tu mmg dh lama nk wat.tercapai gak cita2..best arr..ada akuarium bsr.leh letak ikan mancing skali kt situ.erkk...
tira pun bole letak sekali dlm tu...erk
a`ah.tyra ngan abg skali bole.erkkkk....
Post a Comment