Search This Blog


MY SELF

Faces That I Love


SILA KLIK HEARTBEAT NI...TQ

Jan 29, 2011

MASAK LAGI????



Semalam time aku tengah online fb tetiba plak abang Joe tanya resepi kuah dal. Dia tanya aku cam mana nk masak kuah dal. Iskk...per aku nk jawab arrr...adehhh..sbenarnya aku x reti nak masak dal tu pasal aku ni pun bukan la rajin and terer sangat bab masak-masak. Lagi la nk try resepi-resepi baru.ngeh3....Jadi,aku selaku adik yg jujur pun jawab la bahawasannya sememangnya aku x reti nk wat.


Mesti korang heran apesal tetiba dia tanya. Dia cakap kena makan dal pasal dia ada penyakit darah tinggi. Aku pun tak sure sebenarnya apa kaitan darah tinggi dengan kacang dal tu.erkk....kt bawah ni antara perbualan aku dengan dia.






adeshhh
cm ne plak
tyra pun x penah msk kuah dal


erk
abih kalau kenduri tk msk dal?

7:00pm
mana de kenduri masak dal
iskkk..abg nih


ada
kalau masak beryani kena ada dal


owh..x masak beryani
hehehehe
kenduri masak nasik biasa jer
ngan ikan siakap 3 rasa
ngan ayam golek
ngan ikan cencaru msk sambal


bg la resepi ayam golek
abg nak msk


iskkk...nk mkn macam2
wat kuah dal dulu baru tyra bg resepi ayam golek
hauhuahuaa


erk
bg la
post kat blog

7:03pm
iskk..kang blog tyra citer masak2 jer
huhuhuhu


tkpe
ok la



Entah cam mana tetiba dia leh citer pasal ayam golek plak.huhuhuhu....
Untuk tidak mengecewakan abg Tyra wat la jugak enty pasal resepi ayam golek ni walaupun semalam baru jer post pasal masak-masak.erkkk...



Ayam Golek/Panggang
a. 1 ekor ayam(lebih kurang 1.5 kg – 2 kg). Di bersihkan dan di basuh.
  1. Halia(1 inci), bawang putih(5 ulas)
  2. bawang merah (3 ulas)
  3. garam(1sudu makan)
  4. kicap manis/masin(3 sudu makan)
  5. madu jika ada(3 sudu makan).
* Kesemuanya hendaklah di tumbuk/kisar.
b. asam jawa sekepal
c. Caranya:
  1. Gaulkan bahan yang di tumbuk/kisar tadi bersama dengan asam jawa.  Sapukan ke seluruh ayam.  Masukkan juga di bahagian dalam dan bawah kulit ayam.  Perapkan sekurang-kurangnya 3 jam tapi sebaiknya semalaman(masukkan ke dalam peti sejuk).
  2. Setelah di perap sediakan tempat kekusan dan panaskan air.  Masukkan ayam di dalam kukusan tersebut lebih kurang 1/2 jam/sehingga ayam masak(seakan-akan kulit ayam sedikit terkopek dari asalnya).
  3. Setelah siap di kukus, bakarlah di dalam oven(30 – 45 minit bersuhu 170% c) atau di atas dapur pembakar sehingga keperangan.  Sebaiknya sebelum di bakar sapukan kicap dan madu di seluruh badan ayam tersebut.
SOS ayam golek/panggang
Bahan-bahannya:
  1. Daun limau purut(3 – 5 helai)
  2. Serai(3 batang) – di titik.
  3. Limau kasturi – 1 biji – 3 biji.
  4. minyak masak( 1/2 – 1 cawan) kalau nak kurangkan kolestrol kurangkan penggunaan minyak.
berikut bahan-bahan yang di kisar.
  1. Halia 1/2 inci
  2. Chile kering segengam
  3. 11- 21 ulas chile api (jika nak pedas lagi)
  4. Bawang putih(3-5 ulas)
  5. Bawang merah/besar(5-7 ulas/ 1 biji)
berikut bahan-bahan tambahan:
  1. Chilie sos( 1 cawan)
  2. Gula 3 sudu makan
  3. kicap masin 7 sudu makan
  4. garam secukup rasa.
berikut bahan-bahan untuk hiasan jika perlu.
  1. chilie besar (hijau) di hiris halus dan panjang.
  2. Halia di hiris halus dan panjang.
Caranya:
Masukkan minyak masak ke dalam kuali.  Setelah panas tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar tadi bersama serai hingga naik baunya.  Masukkan bahan-bahan tambahan satu persatu hingga selesai. Masukkan daun limau purut. Masukkan air limau purut setelah apai di padamkan dan akhir sekali masukkan bahan-bahan untuk hiasan. Gaulkan hingga sebati untuk air limau purut dan bahan hiasan yang lain.
Letakkan ayam tadi di bekas yang sesuai dan letakkan sos di sekeliling dan atasnya.  Ikutlah cara anda sendiri untuk menghiasnya.  Ok, jemputlah keluarga anda untuk merasa masakan anda.
O.K. Selesai.
SELAMAT MENCUBA



cam ni la kiranya ayam golek tu


P/S: Lepas ni abg kena try resepi ni taw. Kalau sedap bagi kt Tyra. Kalau tak sedap bagi DJ jer la makan.erkkk...





6 comments:

Katak Hijau said...

akak masak la.. nnt kalo sedap ira pn nak cuba gak.. hehehe

Joe Black said...

okeh...abg nak try...nak wat bbq ayam golek pulak pasni...heheh..

SIR EMO AZ said...

reti masak kew tu dik.. tgk mcm sedap.. tgk buat kali ke 2.. blm tentu sedap wkakakakakkakaka

Atirah Tyra said...

ira:akak taw arr ira mesti pandai masak.ajar abg joe tu msk.hahaha...
abg joe:nk wat bbq ayam plak.iskkk...x bleh..x bleh..byk kolesterol tu..
abg devil:adk terer msk air jer..ngeeeeeeee...:P

AyU D H@!r! Pr!nCeS$ said...

ni blog nk luah perasaan ke nk cite bab masak?

Atirah Tyra said...

mana2 pun bole la ayu.sume pun bole masuk asalkn x de cite psl pondan.erkkk....tp..mgkin ada gak..huhuhuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...