Search This Blog


MY SELF

Faces That I Love


SILA KLIK HEARTBEAT NI...TQ

Feb 27, 2011

NEW BEGINNING PART 2:

CURSE DAH HILANG....

Erkkk....Curse apa ni? Ni curse orang belum kawen. Huhuhuh...
Sebenarnya aku nak cakap pasal adik aku yang lagi sorang ni. Dia pun baru menamatkan zaman solonya pada 25 Feb 2011 di Segamat. Congratulation... Semoga Kekal Ke Anak cucu. Selesai sudah dua majlis. Tinggal majlis kat kampung aku jer mminggu ni. Kepada korang yang mengenali kami dijemput hadir pada 5 Mac ini di Bagan Datoh untuk sama-sama memeriahkan suasana. Korang tengok la pic masa majlis tu..





















































































P/S: Ada lagi tiga perkara harus diselesaikan.... Huuhuhuh....

Feb 23, 2011

NEW BEGINNING PART 1

19 FEB 2011 adalah satu tarikh besar untuk adik aku Gee a.k.a Fauziah. Satu permulaan yang baru untuk life dia. Aku nak wish Selamat Menempuh Alam Perkahwinan. Semoga berbahagia sentiasa.  Lepas ni dah tak payah risau pasal dah ada orang jaga. Kat bawah ni gambar-gambar hari pernikahan beliau. Jom tengok:









































P/S: Tunggu yang sorang lagi. Erkk...

Feb 21, 2011

B.O.N.G.O.K


Bongok tul web air asia nih. Waiting... waiting... waiting.. tak abes-abes. traffic jem gila babun.. Argggggggghhhhhh.... mencikkkkkkkkkkkk... cam ni bila nak boleh masuk page. Gilakkk... Tensen guwe..huh...


P/S: Nak booking tiket ni. Erkkk....

Feb 18, 2011

SOMEKIND OF WONDERFOOL

Erkkkk..Tajuk tak de kena mengena dengan entry tapi Tajuk ni cam kenal jer kan.. Tapi lain sket.Huhuhu..tak de mende nk cakap. Pasal tulis pun pakai fone BB (Bongok fone). Erkkkkk.. Saje je testing. Best gak pasl leh post pakai fone je. Tapi yang tak bestnyer tak leh letak gambar. Huhuhuhu.. Cam ne yek nak insert picture kalau pakai BB. Ada sesapa taw?

Feb 15, 2011

VENDING MACHINE



Aku bukak-bukak, godek-godek tenet terjumpa lak gambar -gambar vending machine kat Jepun. Dalam banyak-banyak negara kat dunia ni negara Jepun paling banyak menggunakan vending machine. Kalau nk dikira lebih kurang satu vending machine untuk 23 orang penduduk Jepun. Punya la banyak. Mana-mana tempat mesti ada. Kadang-kadang langsung tak masuk akal. Pelik-pelik. Jom kita tengok vending machine yang pelik-pelik dan kreatif ni :



1. Coca-Cola Robot Vending Machine:

Syarikat Coca-cola ada vending machine giant robot yang boleh jalan-jalan kat sekitar bandar Tokyo. Bayangkan kalau kat Malaysia ada cam ni. Aku rasa dah lama kena belasah dengan budak-budak sekolah. Hahahahaha....

2. Eggs Vending Machine:
Setiap kotak-kotak kecil kat dalam tu mengandungi satu bungkus telur. Biasanya antara 10-12 biji telur. Telur-telur tu datang dari kawasan ternakan ayam yang berhampiran. setiap hari penternak-penternak ayam akan memasukkan telur ayam segar ke dalam mesen ni.




3. Smart Car Vending Machine:


Yang ni pun pelik gak. Korang ingat kalau tekan button kat situ keluar kereta ke? Bukan.. Bukan... Ni sebenarnya untuk kita beli pamplet berkaitan kereta. Contohnyer model-model baru, senarai harga kereta dan senarai pengedar. Boleh juga kalau nak beli stiker-stiker kereta. Kalau keluar kereta naya je kena beli kereta cash. Huhuhuhu....




4. Ice Vending Machine:


Boleh beli ais pakai mesen ni. Senang la kan, tak payah pegi kedai semata-mata nak beli ais. Yang ni aku suke. Muahahahaha...




5. Beer Vending Machine (P/S:TIDAK HALAL):


Yang ni contoh kat bandar Kyoto, Jepun. Diorang leh jual ni kat public. Kat sini jangan ngengada arrr....




6. Umbrella Vending Machine:

Payung pun ada jual cam ni. Tapi bagus jugak kan. Kalau time ujan senang je. Tak de la terkejar-kejar nak pergi kedai beli payung. Lagipun tak semua kedai ada jual payung.




7. Pringles Vending machine:


Vending machine dari syarikat Pringles.



8. Instant Noodles Vending Machine:


Haaaa... Boleh beli mee segera pakai vending machine jer. Korang yang malas nk masak megi tahap cipan tu terus beli je cam ni. Lagi senang.




9. Flowers Vending Machine:


Kepada mat-mat bunga, korang terlupa nak beli bunga untuk wife, girlfriend, mak ataupun nenek korang? Jangan risau. Boleh beli bila-bila masa jer.




10. Necktie Vending Machine:


Untuk korang yang keje ofis, tak de alasan lagi lupa pakai necktie. Okeh...




11. Sneaker Vending Machine:


Yang ni dicipta oleh syarikat fesyen dan sukan Jepun jenama Onitsuka Tiger.




12. Vegetable Vending Machine:


Mesen ni menjual sayur-sayuran segar. Tak payah susak-susah pergi market pagi-pagi. Huhuhuhu...




13. Battery Vending Machine:


Kalau remote tv korang abes bateri tengah-tengah malam nak tengok bola macam mana? Kedai lak semua dah tutup. Ni la gunanya vending machine. Beli jer kat sini.




14. Live Lobsters Vending Machine:


Haaaa... Yang ni paling kelakar. Ada ke beli lobster pakai vending machine. Pelik... Pelik... Tak faham aku.... Huhuhuhu....




P/S: Bila la agaknya kat Malaysia ada vending machine jual pizza (aku lapar pizza nih). Erkkk....


KUSUT




Disaat ini, tika ini macam-macam yang aku rasa. Bosan, terasing, keseorangan, sunyi, sepi dan beberapa rasa lagi yang tak berapa best. Sejak akhir-akhir ini emosi aku tak berapa stabil. Mudah marah, cepat terasa hati, cepat tersinggung dan mudah rasa tertekan. Mungkin faktor-faktor ini yang menjadikan aku lebih senang duduk terperap sahaja di rumah, mengasingkan diri dari dunia luar. Sejak kebelakangan ini juga aku kurang bercampur dengan dunia luar. Jiran-jiran aku dah jarang tengok aku keluar. Aku malas nak layan korang. Sama ada online ataupun offline. Maaflah kalau kat chat tu aku jawab lebih kurang. Sejak kebelakangan ini aku sering diserang sakit kepala. Mugkin kerana stress ataupun tekanan emosi yang tak stabil. Bila aku risaukan sesuatu dan tertekan dengan sesuatu sakit kepala ini mudah menyerang. Lebih menghairankan sakit itu datang juga sewaktu aku sedang menonton tv yang memaparkan adegan-adegan horor, thriller, action ataupun yang sewaktu dengannya yang berkaitan dengan adrenalin. Hmmm... Tak faham aku... Terasa juga seperti aku hidup dalam kepura-puraan. Senyuman ini palsu, ketawa ini juga palsu. Seringkali apa yang aku ekspresikan tidak seiring dengan perasaan aku di dalam, hanya Tuhan yang mengetahui.Mujurlah   ada Apis. Dunia sepi aku hanya ditemani Apis. Apis yang masih belum mengerti tentang hidup ini, Apis yang masih belum tahu tentang kesedihan, Apis yang masih belum faham apa itu kebosanan. Walaupun dia belun mengerti apa-apa sekurang-kurangnya dialah penawar segalanya-galanya. Sentiasa menemani aku  dalam apa jua keadaan. Setia menemani aku melalui hari-hari yang sukar. Terima kasih sayang kerana setia di sisi ibu.
Sebelum aku teruskan coretan ni dengar dulu lagu ni. 


RINDU SETENGAH MATI. Bukan saja-saja aku nak letak lagu ni. Saat ini dan tika ini aku terlalu rindukan masa lalu. Masa lalu yang tak mungkin akan kembali. Aku terlalu rindukan dia.. Ya, dia. Dia yang sering memberikan senyuman ikhlasnya, dia yang sering membuatkan aku tertawa, dia yang sering mengucapkan kata-kata indah untukku, dia yang aku dapat rasakan sentuhannya dengan penuh kasih, dia yang sering menemaniku di saat sepi, dia yang sering menemaniku di saat gundah, dia yang sering ada di saat aku perlukannya... Aku terlalu rindukan itu semua. Tapi kini semuanya telah hilang. Semakin tahun beralih semakin banyak aku kehilangan. Kadangkala aku tak pasti apa yang dia fikir tentang aku dan aku tak pasti siapa dirinya. Aku cuma berharap semoga semuanya kembali seperti sediakala. Aku mahu hidup dengan jujur. Jujur pada diri sendiri dan jujur pada orang lain terutamanya kepada orang di sekeliling aku. Berilah aku peluang untuk merasai kembali kehidupan yang aku inginkan sebelum aku meninggalkan semua ini kerana mati hanya sekali, hidup juga hanya sekali. Kita hanya ada satu peluang untuk melakukan dan mendapatkan apa yang kita mahu.

Kemana “Aku” harus mencari ketika semuanya telah pergi.
Kepada siapa aku akan bertanya saat hari mulai sunyi.
Langit mendung, kemanakah “Aku” harus berlindung.
Dimana “Aku” harus berteduh saat semuanya telah menjauh
Akankah Sunyi menjadi nafasku ?
Haruskan Diam menjadi perkataanku ?
dan hampa menjadi perbuatanku ?
Akankah ada yang mau peduli dengan perasaan hati ini ?
Hanya satu yang mau mengerti dan memahami, iaitu hati yang tulus Ikhlas dan suci



P/S: Kepada *** terima kasih atas segala nasihat dan kata-kata semangat untuk aku meneruskan hidup ini. Walaupun hidup kita jauh berbeza, tapi kita masih berkongsi satu rasa yang sama. Carilah kebahagiaan walau di mana pun kau berada. Keluarlah dari bayang-bayang masa lalu. Aku pasti akan ada sesuatu yang baik sedang menantimu.



Feb 11, 2011

VALENTINE



Disebalik Valentine Day Maksud dan Hukum:

Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.

Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.

Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh. 
Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".

Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.

Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."

Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.

Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah

P/S: Sesunguhnya manusia itu sentiasa lalai dengan godaan syaitan dan nafsu. Pulanglah kepada Allah s.w.t kerana keimanan dan ketakwaan merupakan senjata utama dalam diri.



Feb 8, 2011

BAGAN DATOH PART 2 :



Aku nak cerita pasal kampung aku Bagan Datoh yang korang selalu sebut-sebut tu sebagai pengeluar kelapa terbesar di asia tenggara suatu masa dulu. Abang Joe mesti suke cerita ni. Erkkk....


Kita mulakan dengan sejarah pembukaan Bagan Datoh. Menurut sejarah Bagan Datoh mula dibuka sekitar 1880-an oleh seseorang yang bernama Tok Kelah. Beliau merupakan seorang perwira yang cekal dalam usahanya membuka sebuah penempatan. Nama Bagan Datoh merupakan gabungan antara lokasi dan struktur rumah penduduk asal, nama Tok Kelah itu sendiri dan kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu. Omputeh ni bukan reti sangat cakap Melayu kan. Kalau ada sesapa yang nak pergi ke tempat yang diteroka oleh Tok Kelah, diorang panggil dengan panggilan “Bagan Datok” sempena tempat yang mempunyai bagan dan nama Tok Kelah. Kesukaran orang Inggeris menyebut perkataan “Datok” menyebabkan sebutannya bertukar kepada “Datoh”. Sebab tu sekarang Bagan Datok dah tukar jadi Bagan Datoh walaupun masyarakat kat sini lebih selesa menyebut Bagan Datok. Ikut sebutan dulu-dulu la.








Bagan Datoh ni memang sinonim dengan kelapa. Asal sebut kelapa jer pale otak korang mesti dh terbayang Bagan Datoh. kan..kan...Kesuburan tanah kat Bagan Datoh telah menjadikan penempatan ini cukup terkenal dengan tanaman kelapa di seluruh negara. Keadaan geografi dan jenis tanah kat Bagan Datoh telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi kepada penduduk setempat. Jadi tempat ni memang sesuai untuk tanaman kelapa. Sejak tahun 1900 lagi industri kelapa menjadi satu indusrtri yang paling utama. Macam-macam yang kita boleh buat dengan kelapa. Kat kampung aku ada sorang pakcik yang mengusahakan minyak kelapa dara. Aku dah lupa nama pakcik tu. Tapi dia ada keluar kat TV1 cerita pasal perusahaan dia tu. Bapak aku ke?? Eh, bukan...bukan... Bapak aku buat benda lain. Lain kali aku cerita yek. Hehehehe... Selain tu ada gak kilang sabut, kilang tempurung, kilang arang dan macam-macam lagi laaa...Pendek kata diorang leh wat macam-macam dari sebatang pokok tu.





Selain tanaman kelapa ada lagi satu sumber pendapatan diorang. Korang tau kan Kedudukan Bagan Datoh yang terletak berhampiran laut. Kebanyakan penduduk yang tinggal di persisir pantai ni biasanya diorang jadi nelayan. Ada dua kategori nelayan kat sini iaitu nelayan pantai laut dalam dan nelayan persisir pantai. Persatuan Nelayan Negeri Perak memainkan peranan yang cukup besar dalam usaha memajukan sektor perikanan kat sini. Bagi Daerah Hilir Perak yang mempunyai sembilan mukim antaranya  Hutan Melintang, Bagan Datoh dan Rungkup masing-masing menyumbang dalam sektor perikanan. Hasil tangkapan diorang selalunya dikumpulkan di pusat-pusat pengumpulan yang terdapat di sekitar Bagan Datoh. Hasil tangkapan tahunan boleh mencecah sehingga ratusan juta ringgit. Wow!!!I Pakcik kayoooo... Ini membuktikan industri perikanan kat sini berada di tahap yang cukup membanggakan.




Haaaa.... Ni lagi satu identiti Bagan Datoh. Kalau tak ada jeti ni maka tak lengkap lah Bagan datoh. Dengan terbinanya Jeti Bagan Datoh, menjadikan  Bagan Datoh sebagai lokasi memancing yang menarik. Lautnya yang dalam dan luas turut mengundang kaki pancing untuk mencuba nasib. Tiap-tiap tahun ada jer pertandingan mancing kt sini. Orang luar pun suka datang mancing kat sini. Kalau nasib korang baik dapat la tengok ikan lumba-lumba berenang-renang dengan gembiranya. Huhuhuhu... Aku kalau datang sini pun sebab nak deting  tgk dolphin tu, tapi dia jarang lak muncul. Tapi yang tak bestnya ramai pulak budak-budak skolah deting-deting kat sini. Erkkkk... Sila abaikan statemen ni.. Huhuhuh...




Yang ni cerita pasal pelancongan pulak. Projek homestay. Homestay ni kira macam korang yang nak percutian suasana kampung. Kepada anda yang tak de kampung, nak merasa dok kat kampung elok sangat la percutian cam ni. Selain daripada dapat mera sai kedamaian suasana kampung, korang  dapat melihat dengan lebih dekat cara hidup masyarakat kampung yang penuh dengan tradisi. Antara homestay yang terkenal kat sini Homestay Kampung Sungai Haji Muhammad. Kebanyakan rumah kat sini masih mengekalkan rekabentuk rumah lama iaitu ciri-ciri tradisional rumah Negeri Perak yang dah jarang kita tengok kat tempat lain. Macam-macam jenis ukiran seperti di pintu, tingkap, bahagian tepi atap dan dinding yang jelas menonjolkan rumah tradisi Negeri Perak. Ada antara rumah kat sini dah berusia hampir ratusan tahun. 


Last sekali korang tengok la individu-individu yang glemer kat Bagan Datoh ni:




Ahli PolitikYang  Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia. Agak-agak kena saman tak publish pic dia. Erkkkk... Dilahirkan pada 14 Januari 1953 dan dibesarkan di Kampung Sungai Nipah (kampung aku ni kira jiran aku la). Bapa kepada lima orang anak ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Lepastu beliau menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah di Universiti Malaya pada 1976. Beliau  kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat sarjana komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM).


 Tokoh Politik dan Pejuang Islam: Dato` Hassan Adli. Beliau dilahirkan di Kota Makkah pada tanggal 17 April 1929 kemudian dibesarkan di Kampung Parit Dayang Bagan Datoh, kampung kelahiran bondanya. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Bagan Pasir (Bagan Datoh) sebelum menyambung pelajaran selama dua tahun di kelas Ibtidai di Madrasah Al Ulum Al Syariah yang diasaskan oleh bapanya.  Beliau telah menubuhkan Persatuan Guru-guru Sekolah Agama Rakyat Perak bersama-sama Haji Abdul Samad Noh pada tahun 1954. Kerjaya sebagai seorang guru di Al Ulum terhenti pada tahun 1955 apabila dia mula aktif dalam politik partisan.





Penyanyi:  Dato' M. Daud Kilau. Nama sebenar beliau ialah Datuk Muhammad Daud Bin Kilau atau lebih dikenali sebagai Datuk M Daud Kilau merupakan seorang penyanyi Malaysia. Dilahirkan pada 10 Julai 1938 di Sungai UlarBagan DatohPerak. Beliau merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Bermula dari titik itu, beliau terus mendapat peluang menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak album yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut. Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli. Bagi menghargai jasanya dalam dunia seni, bekas artis rakaman IMI itu dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1991 yang membawa gelaran Datuk.


Penyanyi: Shidee. Seorang penyanyi era 80-an. Lagu Sayang Semuanya Sudah Terlamabat telah menaikkan nama beliau. Dibesarkan di Kampung Sungai Lancang Bagan Datoh. Pernah hot dengan gossip pasal dia kawen dengan anak dara mana tah. Aku pun bukan ambik port sangat pasal dia. Biodata dia x berapa nak ada. Kalau klik kat google nama dia banyak pasal gossip-gossip. Gambar kawen dia banyak la. Erkkk...

SEKIAN...........


P/S: Kepada sesiapa yang nak datang ke Bagan Datoh sila bawak pancing yer... Leh mancing ikan semilang. Huhuhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...