Disaat ini, tika ini macam-macam yang aku rasa. Bosan, terasing, keseorangan, sunyi, sepi dan beberapa rasa lagi yang tak berapa best. Sejak akhir-akhir ini emosi aku tak berapa stabil. Mudah marah, cepat terasa hati, cepat tersinggung dan mudah rasa tertekan. Mungkin faktor-faktor ini yang menjadikan aku lebih senang duduk terperap sahaja di rumah, mengasingkan diri dari dunia luar. Sejak kebelakangan ini juga aku kurang bercampur dengan dunia luar. Jiran-jiran aku dah jarang tengok aku keluar. Aku malas nak layan korang. Sama ada online ataupun offline. Maaflah kalau kat chat tu aku jawab lebih kurang. Sejak kebelakangan ini aku sering diserang sakit kepala. Mugkin kerana stress ataupun tekanan emosi yang tak stabil. Bila aku risaukan sesuatu dan tertekan dengan sesuatu sakit kepala ini mudah menyerang. Lebih menghairankan sakit itu datang juga sewaktu aku sedang menonton tv yang memaparkan adegan-adegan horor, thriller, action ataupun yang sewaktu dengannya yang berkaitan dengan adrenalin. Hmmm... Tak faham aku... Terasa juga seperti aku hidup dalam kepura-puraan. Senyuman ini palsu, ketawa ini juga palsu. Seringkali apa yang aku ekspresikan tidak seiring dengan perasaan aku di dalam, hanya Tuhan yang mengetahui.Mujurlah ada Apis. Dunia sepi aku hanya ditemani Apis. Apis yang masih belum mengerti tentang hidup ini, Apis yang masih belum tahu tentang kesedihan, Apis yang masih belum faham apa itu kebosanan. Walaupun dia belun mengerti apa-apa sekurang-kurangnya dialah penawar segalanya-galanya. Sentiasa menemani aku dalam apa jua keadaan. Setia menemani aku melalui hari-hari yang sukar. Terima kasih sayang kerana setia di sisi ibu.
Sebelum aku teruskan coretan ni dengar dulu lagu ni.
RINDU SETENGAH MATI. Bukan saja-saja aku nak letak lagu ni. Saat ini dan tika ini aku terlalu rindukan masa lalu. Masa lalu yang tak mungkin akan kembali. Aku terlalu rindukan dia.. Ya, dia. Dia yang sering memberikan senyuman ikhlasnya, dia yang sering membuatkan aku tertawa, dia yang sering mengucapkan kata-kata indah untukku, dia yang aku dapat rasakan sentuhannya dengan penuh kasih, dia yang sering menemaniku di saat sepi, dia yang sering menemaniku di saat gundah, dia yang sering ada di saat aku perlukannya... Aku terlalu rindukan itu semua. Tapi kini semuanya telah hilang. Semakin tahun beralih semakin banyak aku kehilangan. Kadangkala aku tak pasti apa yang dia fikir tentang aku dan aku tak pasti siapa dirinya. Aku cuma berharap semoga semuanya kembali seperti sediakala. Aku mahu hidup dengan jujur. Jujur pada diri sendiri dan jujur pada orang lain terutamanya kepada orang di sekeliling aku. Berilah aku peluang untuk merasai kembali kehidupan yang aku inginkan sebelum aku meninggalkan semua ini kerana mati hanya sekali, hidup juga hanya sekali. Kita hanya ada satu peluang untuk melakukan dan mendapatkan apa yang kita mahu.
Kemana “Aku” harus mencari ketika semuanya telah pergi.
Kepada siapa aku akan bertanya saat hari mulai sunyi.
Langit mendung, kemanakah “Aku” harus berlindung.
Dimana “Aku” harus berteduh saat semuanya telah menjauh
Akankah Sunyi menjadi nafasku ?
Haruskan Diam menjadi perkataanku ?
dan hampa menjadi perbuatanku ?
Akankah ada yang mau peduli dengan perasaan hati ini ?
Hanya satu yang mau mengerti dan memahami, iaitu hati yang tulus Ikhlas dan suci
P/S: Kepada *** terima kasih atas segala nasihat dan kata-kata semangat untuk aku meneruskan hidup ini. Walaupun hidup kita jauh berbeza, tapi kita masih berkongsi satu rasa yang sama. Carilah kebahagiaan walau di mana pun kau berada. Keluarlah dari bayang-bayang masa lalu. Aku pasti akan ada sesuatu yang baik sedang menantimu.
No comments:
Post a Comment