Apr 22, 2011
SEMALAM*HARI INI*ESOK
"Ya Allah.."
Andai dunia ini tempat yang melekakan..
Aku adalah insan yang terleka itu Tuhan...
Jikalau aku diberi amanah..
Jadikanlah aku orang yang mampu memikul amanah itu..
Jikalau aku diberi kelebihan..
Jadikanlah aku insan yang mampu berkongsi kelebihanku..”
Bila teringat kembali kisah-kisah lama..
Aku jadi rindu..
Ya.. rindu yang teramat sangat…
Rindu pada waktu..
Pada kegembiraan kanak-kanakku..
Saat aku berlari-lari di sekitar rumahku..
Saat aku bermain pondok-pondok bersama rakan-rakanku…
Saat aku bertanya itu ini tentang Tuhan pada ibubapaku..
Saat aku dimarahi kerana berlari-lari di dalam masjid..
Dan juga..
Saat aku berkata pada diriku dahulu…
“Mak!!! Bila besar nanti… saya nak masuk universiti!!!
Saya nak jadi doktor!!”
Sungguh.. ku rindukan waktu itu dahulu..
Saat di mana seorang kanak-kanak berfikir…
Masa terus berlalu..
Dan berlalu..
Dari seorang kanak-kanak tadika yang mentah…
Kemudiannya pelajar sekolah rendah dan menegah…
Dididik untuk mencari dan menimba ilmu..
Hinggalah ke tahap yang diimpikan seorang kanak-kanak dahulu…
Kematangan hadir sehari demi sehari…
Menjemput zaman kanak-kanak itu pergi dari situ..
Kelakarkan bagaimana masa mampu merubah manusia…??
Dari seorang yang naïf.. kepada seorang yang matang..
Seorang yang lemah.. kepada seorang yang kuat..
Seorang yang kurang pintar kepada seorang yang pandai..
Semua ini membuatkan aku terfikir..
Mengapa…
Seorang kanak2 yang dahulu nya naïf…
Mampu menjadi insan yang teruk dewasanya?
Sekejam hitler mungkin?
Setamak qarun?
Entahlah…
Mungkin…
Masa berlalu membawa tanggungjawab…
Masa berlalu membawa kematangan..
Dan mungkin juga..
Masa berlalu membawa pengertian hidup…
Aku tidak tahu..
Kerana Siapa aku untuk berfikir seperti itu…
Tapi itulah…
Mungkin kerana persoalan diri yang kerap bermain difikiran membuatkan aku terdetik untuk berbicara seketika..
Tentang Keinginan untuk mencari diri..
Keinginan untuk mengetahui diri
Keinginan menjadi yang terbaik..…
Mungkin kerana aku terlalu leka dengan dunia kanak-kanak dahulu..
Lalai..
Hanyut..
Hingga tidak sedar bahawa hidup ini mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul…
Dari hari ke sehari..
Tanggungjawab itu bertambah dan bertambah…
Asalnya seorang anak…
Kepada seorang remaja..
Dan dewasa…
Menjadi seorang isteri...Dan seorang ibu...
Semua ini membuatkan aku terfikir..
Bahawa..
Betapa tanggungjawab sentiasa ada untuk dipikul..
Aku tak boleh terus leka dengan dunia kanak-kanakku dahulu..
Kerana seseungguhnya aku ingin yang terbaik buat diriku..
Suamiku.. dan juga anakku..
Andai masa tidak mengizinkan aku menjejaki waktu itu..
Aku ingin menjadi yang terbaik buat Tuhanku..
Kekasih agungku..
Dan anak yang baik untuk ibubapaku...
Semoga..
Aku diberi kekuatan untuk terus bertahan..
Memikul amanah dan tanggunjawab ini…
Menjadi yang terbaik pada pandangan Tuhanku..
Andai ditakdirkan aku tewas..
Ku mohon padaMu dengan sebaik-baik permohonan…
Agar diberikanku kekuatan untuk menghadapi hukuman untuk sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan pada aku..
Bukannya melarikan diri daripada itu….
Itulah harpanku….
P/S: Aku tak mahu dia terus lalai dengan keindahan dan hal-hal dunia. Hidup ini hanya sementara.banyak tanggugjawab yang harus dipikul dan perjalanan kita masih jauh....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment