Search This Blog


MY SELF

Faces That I Love


SILA KLIK HEARTBEAT NI...TQ

Apr 11, 2011

14 CARA MENANGANI STRESS


Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.



1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, pasangan atau kaunselor.

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

6. Membentuk pengurusan masa yang baik.

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.

Bila berpijak di dunia yang nyata ni macam-macam lah masalah akan timbul, tak sah kalau makhluk yang bergelar manusia tiada masalah, selagi kita bernafas selagi itulah masalah ada. Jadi dengan entry ni diharap korang semua dapat mengurangkan stress dari masalah korang yek. Renung-renungkan dan selamat beramal...


P/S: Tapi apasal tak berkesan pun kat aku. Oooo..patut laaa... Kalau aku pakai terapi shopping-shopping ke, jalan-jalan cari  makan ke, tgk wayang ke, pergi berenang ke, baru ok la sket. Pendek kata masing-masing ada cara tersendiri untuk mengatasi stress...


2 comments:

Katak Hijau said...

uhhh.. i loikeeee.. ahahaha

Atirah Tyra said...

ira like yg mana 1 ni?erkk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...