Search This Blog


MY SELF

Faces That I Love


SILA KLIK HEARTBEAT NI...TQ

Mar 31, 2011

TENTANG DIA





Dia? Siapa dia? Mana dia? Sudah agak lama dia tak kelihatan di sini. Biasanya waktu-waktu macam ni dia selalu temankan aku kat sini. Kalau kerja pagi dia ada waktu malam, kalau kerja malam dia ada waktu petang, kalau kerja petang dia ada waktu pagi. Semuanya cerita tentang dia. Tapi sekarang, mana dia? Mungkin dia sibuk dengan kerjanya, mungkin dia sibuk dengan urusan peribadinya, mungkin juga dia ada sesuatu yang harus diselesaikan. Kini, aku rindukan senyumannya, rindukan tawanya, rindukan gurauannya. Aku rindukan segala-galanya tentang dia. Ah, betapa aku rindukan dia yang bernama sahabat. Ya, sahabat tempat aku mengadu. Tempat aku berkongsi suka dan duka, tempat aku bercerita tentang hari-hari yang aku lalui, tempat aku memaki hamun. Dan dia, hanya mendengar dengan penuh sabar. Dia juga sahabat yang sering memberikan aku kata-kata semangat ketika aku hilang keyakinan untuk meneruskan kehidupan ini. Dia  juga sahabat yang sering memberikan pendapatnya apabila diminta. Dan yang penting dia sering ada di saat aku perlukan seseorang di sisi. Tapi kini, di mana dia? Segalanya sepi tanpa dia.... Terima kasih Tuhan kerana berikan aku sahabat sebaik dia. Doa ku semoga dia bahagia dengan kehidupannya walau di mana pun dia berada. 




P/S: Semoga semuanya kembali seperti selalu...

Mar 28, 2011

KEJORA DAN BINTANG



Erkk..  Apesal tiba-tiba ada cerita Kejora Dan Bintang (KDB) ni? Ni la fenomena baru dunia sinetron Indonesia yang sedang berlaku sekarang ni. Aku sure mesti ramai korang-korang kat luar sana yang tak miss tengok cerita ni. Mesti ada yang sanggup tunggu depan tv tiap-tiap petang pasal nak tengok cerita KDB ni walaupun kat Astro ada ulangan banyak-banyak kali. Tak tau la kan korang suka sebab apa.  Suka dengan jalan ceritanya ke ataupun suka tengok pelakon-pelakon Indon yang cantik-cantik and ensem-ensem. Lagi-lagi Baim Wong tu kan? Erkk... Mula-mula tu aku terpengaruh jugak la dengan cerita ni. Tapi lama-lama cam bosan pulak. Menyampah pun ada. Huhuhuhu... Yer laaa.. mana tak bosan Bintang tu asik-asik kena tangkap jer, lepas tu dah nampak bapak dia dengan kakak dia pun tak boleh nak jumpa-jumpa jugak. Asik nangis-nangis jer. Entah bila nak abes pun tak tau. Aku rasa ada la dalam lebih 200 episod. Jenuh nak tunggu ending dia. Last-last tengok kat youtube jer. Tunggu kat tv lambat sangat. Tapi yang pentingnya aku nak cerita pasal encik husben aku. Dia punya la addict dengan KDB. Kalau balik keje petang tu mesti dia dh terconggok depan tv. Lepas tu siap boleh komen-komen lagi. Suka-suka dia je nak tukar jadi director KDB. Wakakakak.... One more kalau dia tak puas hati dia bukak lak kat youtube tengok sambungannya. Kadang-kadang tu sampai berjam-jam. Tapi malam tadi tak leh belah tul. Sampai pukul 1 pagi dia layan citer tu. Iskkk.... Hahahaha... Aku pun tak tau cam mana dia boleh addict sampai cam tu sekali. (Sowy la encik husben. Mesti aku kena marah dengan dia kalau dia baca ni. Erkkk.....). Aku? Aku pulak layan gitu-gitu jer. Malas nak tunggu sampai habis, aku bukak je youtube terus klik kat episod akhir. Habes cerita. Wakakakakkk..... Tapi yang paling aku suka lagu ost KDB tu tajuk Rindu Setengah Mati by d`Masiv. Kat bawah ni lagu dia. Memang best walaupun penyanyi dia x ensem. Erkkk....  Korang baca la entry ni sambil dengar lagu tu. Tapi kalau nak dengar lagu ni korang kena pause dulu mixpod kat belah kanan tu, kat bawah.






P/S: Kepada encik husben jangan marah arrr...kwangkwangkwang....>>>>>

Mar 27, 2011

FROM LANGKAWI WITH LOVE

24 Mac 2011 masa untuk bercuti ke Langkawi. Tapi pada masa entry ini ditulis aku dah pun balik. Huhuhuhu.... Percutian kali ni tak berapa menarik pasal encik husben demam. Tak pergi mana sangat pun. Nak shopping-shopping pun tak best. Banyak masa dihabiskan dalam bilik chalet jer. Tu la, dah cakap tak payah pergi, nak jugak pergi. Kan dah tidur jer. Lagi pun kali ni pergi tak lama. 3 hari jer. Huhuhu.... Tapi aku dengan Apis sempat la mandi-mandi laut. Hari pertama pagi tu pergi Gunung Mat Cincang naik Cable Car. Tu tempat wajib kalau kitorang ke Langkawi. Korang tengok la pic banyak-banyak dalam ni. Selamat skodeng. Huhuhu....
























































































P/S: Next trip jom kita pg ramai-ramai... Erkkk...

Mar 22, 2011

BACK



Alhamdulillah... Aku dah semakin pulih dari demam. Demam tsunami kot. Lambat sikit nak baik. Tinggal tekak jer tak selesa sebab batuk. Insyaallah aku akan kembali seperti biasa. Cuma sehari dua ni agak buzy sikit. Buzy bercuti. Huhuhu... Tak lama pun. Tiga hari jer.. Okeh... Sekian terima kasih...


P/S: Erkkk... Apesal ada pic kepci? Aku tringin nak mkn kepci lak ni haizzzz.....

Mar 18, 2011

DEMAM



Dah lama tak update blog. Buat masa sekarang ni aku tak larat nak online sangat pasal demam ni cam lain macam jer. Biasa demam pun kejap jer. Ni sampai gigil-gigil. Kepala hotak dah blank. Tak leh nak fikir pa-pa. Nanti-nanti la dah baik aku update lagi. Sekian Terima kasih. Huhuhuhu...


P/S: Dah la mood cuti-cuti mesia jer ni. Iskkkk...

Mar 14, 2011

KEHILANGAN



Tepat jam 11.29 pm pada 13/03/2011 (Ahad) bersamaan 8 Rabiul akhir 1432 Hijrah handfone ku berbunyi. Aku lihat di skrin tertera nama 'ayahanda' (bapak aku). Dengan segera aku jawab panggilan itu. Rupa-rupanya bapak aku bagi tau aku yang atuk dah meninggal. Aku terkejut dengan berita itu seolah-olah aku sedang bermimpi. Tapi,itu lah hakikatnya. Aku hanya diam membisu. Sedih memang lah sedih, yang pergi pasti tak kan kembali. Pagi besok nya kira-kira jam 5 pagi aku bertolak balik ke kampung. Kehilangan orang yang tersayang buat selamanya amat perit untuk diterima TAPI apakan daya ini semua takdir dari Ilahi. Al-fatihah kepada arwah atuk.. Semoga atuk di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman... Amin! 


P/S: Segalanya pasti berbeza tanpa atuk di sisi.

Mar 13, 2011

19 MARCH MOON



Rare celestial event will happen on 19 March. At that time, the full moon will appear and the distance to the nearest position to earth. This phenomenon can only happen once every 18 years.


On March 19, 2011, the moon will be at the closest distance to Earth at the same time almost simultaneously with the peak of the full moon.


Based on astronomical data, on the same day at 19:10 GMT distance of 356,577 kilometers of the moon with the earth. An hour earlier, the peak full moon occurred on March 19 at 18:11 GMT. In astrological terms, that position is known as a super moon or  super extreme moon  that is believed by some as a sign of disaster for the living beings on earth.


Genesis distance of the moon closest to earth (perigee) is a monthly event, although the distance varies with the period average of 27.3 days. Similarly, the events of the full moon with a period of about 29.5 days. Because of differences in that period, the emergence of the same perigee with full moon can only occur once 18 years.


What to look out for is the impact of the strengthening of the tidal effect on Earth, especially in sea water when the top of the full moon closest to the distance of the moon. When bad weather at sea and coastal areas reinforced with maximum tidal effects when perigee and full moon, he said, be wary of potential hazards in coastal areas that might cause flooding tide (rob) a larger than normal. Similarly, when a buildup of energy in earthquake prone areas and the mountain erupted, the strengthening effect of the tides the moon may have the potential to trigger release of energy.


But the perigee the moon along with the full moon is not a major cause of the disaster, but it could be a trigger reinforcing effect of other factors. That is, if there is no indication of bad weather on the coast or no accumulation of energy in earthquake-prone areas and areas prone to volcanic eruption, there is nothing to worry about with the position of perigee in conjunction with the full moon.


P/S : Wallahu.. Sekian. Terima kasih..



Mar 11, 2011

SEDIH :'(

Huhuhuhu... Apis demam..


Sedih.. Susah ati.. Tensen pun ada pasal Apis demam sejak hari Selasa lepas. Sampai sekarang pun belum kebah lagi demam dia. Sedihnya tengok Apis macam ni asik terbaring jer tak bermaya. Kurang selera makan. Aku tengok dia dah kurus. Dah la minggu lepas kena muntah-muntah. Baru nak baik minggu ni dah demam pulak. Asik makan ubat jer. Kesian anak ibu ni. Huhuhu.... Malam-malam lagi panas badan dia. So, kitorang terpaksa berjaga malam. Dua tiga hari ni kitorang tak cukup tidur. Malam semalam kitorang bawa dia pergi klinik. Sekali cek suhu dia 39 darjah celsius. Tahap panas dan maknanya tahap berjaga-jaga la tu pasal masa dia kecik selalu kena sawan. Aku tak nak perkara tu berulang lagi. Bila malam kitorang tak leh tidur sangat kena jaga dia. Sampi pagi tadi husben aku lambat pergi keje. Bila la nak baik ni. Huhuhuhu... Aku hanya mampu berdoa supaya Apis cepat sembuh. Rindunya nak tengok dia aktif cam selalu.


P/S: Sabar lah sayang.. Ibu jaga Apis baik2 ni. Cepat sembuh yer sayang nanti kita pergi bercuti. :)

Mar 9, 2011

THE ANOTHER YEAR


10 MAC 2011, hari ini genap  5 tahun usia perkahwinan aku. Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun. Begitu pantas masa berlalu. Rasa macam baru semalam je kami diijabkabulkan. Hehehehe....  Tak celeberate apa-apa pun lagi pasal encik suami kerja hari ni. Hanya ucapan selamat ulang tahun jer pagi tadi sebelum dia pergi kerja. Itu pun sudah memadai. Aku tak mengharapkan hadiah apa-apa. Cuma apa yang aku yang harapkan semoga kasih sayang kita akan kekal ke akhir hayat. Kepada encik suami tersayang selamat hari ulangtahun perkahwinan ke-5. Terima kasih  kerana membahagiakan hidup ini. Semoga kasih sayang kita akan bertambah lebih-lebih lagi dengan kehadiran insan kecil (Muhammad Azfar Hafiz) yang comel dan bijak. Sama-sama lah kita memikul tanggugjawab hidup ini baik susah mahupun senang. Mudah-mudahan perkahwinan yang kita bina ini akan terus berkekalan. Mudah-mudahan juga Allah akan sentiasa memberkati dan melindungi rumah tangga kita. Aminnnnnn....

P/S: Kepada encik suami, aku sayang kamu selamanya... muahhhhh.... Terimalah lagu untukmu sempena anniversary ni..



Mar 1, 2011

THIN HOUSES IN JAPAN



Iskkk... Jepun lagi? Apasal Jepun je arrrrr.... Kan kat Jepun banyak benda pelik-pelik. Diorang sendiri pun pelik-pelik gak. Huhuhuhu...... Pernah tak korang bayangkan tinggal kat dalam rumah yang boleh muat-muat untuk korang jer. Tak ada space nak letak perabot besar-besar, perabot mahal-mahal. Apa lagi nak letak set bilik tidur yang cangginh-canggih. Jangan mimpi laaaaa.... Memang ada pun. Rumah macam ni mungkin ada kat Jepun jer. Pasal aku tak nampak kat tempat lain. Macam la aku penah pergi Jepun. Aku search kat google jumpa la rumah pelik-pelik kat Jepun. Aku rasa diorang wat macam ni pasal negara diorang kecik, then penduduk pun ramai. Jadi, tak ada la tempat nak letak rumah besar-besar. Jom tengok betapa sempitnya rumah diorang. Kalu bagi free kat korang rasanya korang pun tak nak. Erkkkk.....



































































Apa macam? Nak ke korang dok dalam rumah cam ni? 


P/S: Rumah idaman aku cam ni la lebih kurang. Ngeh3.... :P


Siap ada swimming pool kat depan tu. Lepas tu malam-malam lepak kat luar tengok movie cam kat wayang tu. Lagi besar punyerrrrr.... Huhuhuhu....  Tak leh belah punyer angan-angan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...