Search This Blog

MY SELF

Faces That I Love

SILA KLIK HEARTBEAT NI...TQ

Mar 28, 2011

KEJORA DAN BINTANG



Erkk..  Apesal tiba-tiba ada cerita Kejora Dan Bintang (KDB) ni? Ni la fenomena baru dunia sinetron Indonesia yang sedang berlaku sekarang ni. Aku sure mesti ramai korang-korang kat luar sana yang tak miss tengok cerita ni. Mesti ada yang sanggup tunggu depan tv tiap-tiap petang pasal nak tengok cerita KDB ni walaupun kat Astro ada ulangan banyak-banyak kali. Tak tau la kan korang suka sebab apa.  Suka dengan jalan ceritanya ke ataupun suka tengok pelakon-pelakon Indon yang cantik-cantik and ensem-ensem. Lagi-lagi Baim Wong tu kan? Erkk... Mula-mula tu aku terpengaruh jugak la dengan cerita ni. Tapi lama-lama cam bosan pulak. Menyampah pun ada. Huhuhuhu... Yer laaa.. mana tak bosan Bintang tu asik-asik kena tangkap jer, lepas tu dah nampak bapak dia dengan kakak dia pun tak boleh nak jumpa-jumpa jugak. Asik nangis-nangis jer. Entah bila nak abes pun tak tau. Aku rasa ada la dalam lebih 200 episod. Jenuh nak tunggu ending dia. Last-last tengok kat youtube jer. Tunggu kat tv lambat sangat. Tapi yang pentingnya aku nak cerita pasal encik husben aku. Dia punya la addict dengan KDB. Kalau balik keje petang tu mesti dia dh terconggok depan tv. Lepas tu siap boleh komen-komen lagi. Suka-suka dia je nak tukar jadi director KDB. Wakakakak.... One more kalau dia tak puas hati dia bukak lak kat youtube tengok sambungannya. Kadang-kadang tu sampai berjam-jam. Tapi malam tadi tak leh belah tul. Sampai pukul 1 pagi dia layan citer tu. Iskkk.... Hahahaha... Aku pun tak tau cam mana dia boleh addict sampai cam tu sekali. (Sowy la encik husben. Mesti aku kena marah dengan dia kalau dia baca ni. Erkkk.....). Aku? Aku pulak layan gitu-gitu jer. Malas nak tunggu sampai habis, aku bukak je youtube terus klik kat episod akhir. Habes cerita. Wakakakakkk..... Tapi yang paling aku suka lagu ost KDB tu tajuk Rindu Setengah Mati by d`Masiv. Kat bawah ni lagu dia. Memang best walaupun penyanyi dia x ensem. Erkkk....  Korang baca la entry ni sambil dengar lagu tu. Tapi kalau nak dengar lagu ni korang kena pause dulu mixpod kat belah kanan tu, kat bawah.






P/S: Kepada encik husben jangan marah arrr...kwangkwangkwang....>>>>>

2 comments:

Joe Black said...

baim wong tkde la ensem mana...erk...

Atirah Tyra said...

ensem laaa...dengki la abg ni.erkkk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...