10 MAC 2011, hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan aku. Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun. Begitu pantas masa berlalu. Rasa macam baru semalam je kami diijabkabulkan. Hehehehe.... Tak celeberate apa-apa pun lagi pasal encik suami kerja hari ni. Hanya ucapan selamat ulang tahun jer pagi tadi sebelum dia pergi kerja. Itu pun sudah memadai. Aku tak mengharapkan hadiah apa-apa. Cuma apa yang aku yang harapkan semoga kasih sayang kita akan kekal ke akhir hayat. Kepada encik suami tersayang selamat hari ulangtahun perkahwinan ke-5. Terima kasih kerana membahagiakan hidup ini. Semoga kasih sayang kita akan bertambah lebih-lebih lagi dengan kehadiran insan kecil (Muhammad Azfar Hafiz) yang comel dan bijak. Sama-sama lah kita memikul tanggugjawab hidup ini baik susah mahupun senang. Mudah-mudahan perkahwinan yang kita bina ini akan terus berkekalan. Mudah-mudahan juga Allah akan sentiasa memberkati dan melindungi rumah tangga kita. Aminnnnnn....
P/S: Kepada encik suami, aku sayang kamu selamanya... muahhhhh.... Terimalah lagu untukmu sempena anniversary ni..
3 comments:
aminnnn.. ;p
alhamdulillah..smuga rumahtangga tyra dan suami diberkati hendakNya
pise:macih2..pise pun cm tu gak.erkkk...
ira:amin sapa?erkkk...
Post a Comment